Dalam YM beberapa hari lalu,
………………..
Aku: Aweks sihat?
Dia: Eh, ko kt sana camane? Ok tak?
Aku: (Sudah mula rasa pelik) Ok je. Cuaca lebih kurg cam kat Mesia. Kau tak jawab lagi soklan aku tadi? Tak rindu kat aweks ke dok berjauhan ni?
Dia: (Diam, lama) Sebenarnya, aku dah clash dengan awek aku.
Aku: Err…ok. Patutlah tak jawab soklan aku tadi. Kenapa? Sapa yang mintak clash?
Dia: Dia. Dia kata dia dah jatuh cinta dengan lelaki lain. Dia kata lagi dia tak nak terus mainkan perasaan aku sedangkan hati dia pada orang lain.
……………….
Mereka bercinta bukan baru sehari dua. Sejak sekolah menengah. Sampai menjejak alam uni. Hingga sang lelaki itu sudah bekerja pun. Cuma mereka ini bercinta jarak jauh. Jarang dapat bertemu.
Kalau dahulu-dahulu, kecurangan itu jalan ceritanya klise. ‘Villain’nya acapkali lelaki. Perempuan lazimnya sinonim dengan kesetiaan. Tapi dunia sekarang sudah moden. Perempuan sudah ramai yang menuntut hak setaraf lelaki.
Tapi benarkah hubungan jarak jauh sukar bertahan? Benarkah perempuan itu perlukan lelaki yang selalu dekat dengannya? Tidak cukupkah kasih yang telah ditumpahkan sekian banyak dan sekian lama? Aku keliru juga. Padahal seorang sahabat perempuan aku bercinta begitu juga. Enam tahun berjauhan. Tapi sekarang sudah selamat disatukan pun. Bukanlah tak ada cabaran kan. Bila kau kata kau cinta, pasti kau akan diduga.
Aku dapat rasakan satu hari nanti mantan kekasih sahabatku itu akan menyedari kesilapannya menilai kasih sayang. Dekat tak semestinya lebih kasihnya dari yang jauh. Dekat tak semestinya setia cintanya dari yang jauh. Kadang-kadang yang tak nampak itu lebih tinggi nilainya dari yang nampak.
Aku rasa sebenarnya kesetiaan itu pilihan dan kesungguhan hati. Moga Allah tetapkan hati aku begitu.
Mei 11, 2007 at 11:39 pm
jika kita diberi dua pilihan;
i)org yang menyintai kita sedangkan kita tidak menyintainya sepenuh hati
ii)org yang kita cintai tapi dia tidak menyintai kita
maka, pilihla yang (i) kerna sesungguhnya cinta akan berputik dgn sendirinya setelah melihat segala kasih dan sayang yang diberi…. jangan kita kesal dgn pilihan yang telah kita buat…
Mei 11, 2007 at 11:50 pm
iii)org yang menyintai kita dan kita menyintai org itu..
aku vote untuk iii :p
Mei 12, 2007 at 4:58 am
satu pendapat mengatakan kalau perempuan boleh memilih (i), tp kalau lelaki harus memilih (ii). kerana perempuan lama-kelamaan boleh memujuk diri untuk menyayangi sst yg dia tidak syg pd mulanya, tapi lelaki sukar. dan lelaki pula lebih mudah bersabar dgn kerenah org yg dicintainya walaupun ia menyakitkan hati.
(iii) itu pastinya kemahuan semua org, tp tak semua org dpt pilihan itu kan?
Mei 15, 2007 at 5:31 am
Apa khabar? Awak dah di Australia rupa nya. Sejak bila lagi? Kenal Ustaz Malek dan anak nya Tahsin?
Mei 15, 2007 at 3:40 pm
cidah..aku kata kalau kita diberi 2 pilihan… lebih baik kalau kita dicintai dan menyintai… bahagia akan jadi milik kita…insyaallah…
Mei 15, 2007 at 3:58 pm
Kalau hanya sekadar dua pilihan sahaja seperti diatas, Pycno lebih rela membujang….hingga ketemu orang yang di cintai dan menyintai…..seramai-ramai di dunia ini, tak kan pula tak bertemu yang seperti tu, kot??
Jangan terlalu-lalu sangat memilih, dan jangan jadi ‘perfectionist.’ Kita sendiri pun tidak sempurna mana, kan?
Mei 17, 2007 at 7:24 am
Maaf.Anda tidak tahu letak duduk perkara sebenar.Anda tidak layak mengadili dan menghukum saya.Kadang2 perkara yg paling pahit itu mungkin juga adalah yg terbaik.Anyway,nice blog.
Mei 17, 2007 at 8:29 pm
pycno: thanks sudi melawat lagi. yup, benar kata kau. we’re not perfect and our partner won’t be either. but it doesn’t matter as long as we’re perfect for each other.err…tak kenal pula ustaz dgn nama itu di sini. di mana dia tinggal?
mantan: terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. saya tidak menghukum, namun saya berpendapat keputusan anda tidak wajar. tapi biarkanlah, barangkali itu adalah yang terbaik untuk anda dan untuk dia. semoga anda bahagia dgn pilihan anda itu.
Mei 18, 2007 at 4:45 am
sori kalo komen ni cm agak lmbt..
emm..cinta memerlukan pengorbanan, kesetiaan n penjagaan, apatah lg kalo ia cinta jarak jauh.
yup..utk setia itu 1 usaha dan agak susa sbnanye. slh satu cre, kte kne menerima psgn kte seadanya. kalo x, smpi kapanpn kte akan memandang rumput di seberang sungai lbh hijau dan subur dr di hadapan mata. dan smoga aku sntiasa berada di kalngan ini.
tp kalo perpisahan juga yg terjd, anggpla ia disengajakan spy apabila kte mnemui insan yg betul, kte akan lbh menghargainya..
Mei 18, 2007 at 3:32 pm
semoga aku pun berada di kalangan itu juga
Mei 23, 2007 at 5:48 am
Di Sydney. Pycno dah pergi ke rumah mereka, siap ‘lunch’ sekali. Lupa pula addressnya. Lakemba, if I’m not mistaken. Is there such a place?
Ustaz Malek is quite a prominent figure amongst the Muslim community in Sydney. If you meet them then e-mail Pycno at lonegoncyp@yahoo.com Then, Im (or is it now lazuardiblue?) Pycno can reveal himself, but only to you!!
Mei 23, 2007 at 6:25 am
ya, lakemba mmg pusat gerakan islam di sini. alaa..tak kisah im @ lazuardiblue. orgnya masih sama. tapi im lagi simple kan? ok, nnt saya tnykan pd pegawai malaysia kt cni.
Mei 23, 2007 at 11:59 pm
ermm..sy pun nk yg no iii…yg 2 lg manis kan
Mei 24, 2007 at 1:56 pm
ehehe..mudah2an anda dapat yg no iii itu
Julai 6, 2007 at 9:33 pm
kalo kita harus memilih diantara 2 pilihan itu, pilih lah (i), karena menurut aku lebih baik dicintai daripada mencintai..
tapi setiap orang pasti lah pengen seperti (iii)
Julai 12, 2007 at 1:39 pm
[...] Thu 12 Jul 2007 Luluh 2 Posted by lazuardiblue under Pandangan Hidup , Fikir , Hati Kesinambungan dari Luluh [...]
September 5, 2007 at 9:19 am
mcm mana plak cinta jarak jauh yg mana lelaki tidak pernah mengambil berat ttg perempuan..sdgkn perempuan itu setia menanti…dan si lelaki mencari si perempuan disaat die dilanda mslh atau tekanan,,,perlukah perempuan itu menunggu cinta itu dan menolak cinta lain yg dtg…tp,,,,cinta yg agung adalah pasa TUHAN yg SATU…
September 7, 2007 at 6:17 am
hidup ini tiada jaminan. itu hakikat yang harus kita terima. kita hanya boleh mengawal hati kita, lakukan apa yang kita rasakan wajar namun kita tak boleh terlalu mengharap orang menghargai pengorbanan kita, kerana kalau begitu, kita akan kerap kecewa.
hanya perempuan itulah yang berhak menentukan pilihannya. cuma, kalau kejujuran lelaki itu ternyata goyah, janganlah dibutakan hati dan akal semata-mata kerana cinta.
September 11, 2007 at 9:13 am
Cinta itu tak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala.
Betul tak cik lazuardiblue?
September 11, 2007 at 5:11 pm
tolong betulkan kata gelaran tu ya. panggil saya encik, bukan cik!
September 12, 2007 at 5:04 am
hahaha…ape salahnye..macam xbiase je bergurau senda..eleh tipulah… ;D