“Jadi, camner lunch ko dgn awek tu? Ok tak?” Aku bertanya kepada klasmet aku. Dia berbangsa Korea. Katanya agamanya Kristian Katolik. Sejak awal semester hari itu, mula kami berkenalan, dia mengadu pada aku dia bosan. Mahu mencari teman wanita buat mengisi kekosongan hari-harinya. Kerana kalau tak ada kuliah atau assignment atau projek kajian, dia buntu. Tidak tahu mahu buat apa. Lalu beberapa hari sebelum itu dia bercerita pada aku dia dapat undangan makan tengahari dengan seorang gadis sefakulti yang kami kenali, gadis Cina dari Indonesia.
“Ok. Bagus.”
“Hehe…kalau begitu, bolehlah cuba tackle lepas ni.” Aku mengusik.
Dia buat muka tak puas hati, “Emm….dia memang ok. Tapi dia tak mahu sek*s.”
Hah?! Apa? Aku tergamam. Bukanlah aku hairan sangat dengan ‘budaya’ mereka ini tapi takkan kali pertama keluar sudah cerita pasal mahukan ‘itu’?
“Baguslah. Apa salahnya kalau dia tak mahu buat benda itu? Kan ke itu tanda dia seorang gadis yang menjaga maruahnya?” Aku bertanya menguji.
“Betul. Tapi apa guna ada teman wanita jika tak boleh buat benda itu?”
“Yalah, tapi bukankah lebih berharga jika mendapatnya selepas berkahwin nanti. Dari situ kan kau dapat menilai kesetiaannya?”
“Betul,” dia mengiyakan lagi, “tapi macam mana aku nak beli sebuah kereta kalau tak diberi peluang aku pandu uji dulu?” Dia cuba beranalogi. Wah, wah wah! Logik sangatlah tu konon.
“Hei kawan, analogi kau tu tak betul. Mana boleh kau samakan kereta dengan perempuan.” Aku kata.
Yalah kan? Kereta tak ada jiwa, perasaan. Kereta tak ada maruah. Kereta tidak ada selaput dara. Yang adapun mungkin selaput plastik bungkus seat. Kereta juga tidak akan beranakkan kereta mini kalau kau pandu uji dia.
“Ya, mungkin betul cakap kau,” katanya, “di negara aku pun masih ada gadis yang mempertahankan kegadisannya sehingga berkahwin. Aku mahu isteri yang begitu, tapi aku tidak mahu teman wanita yang begitu…”
Aku tidak dapat menahan diri dari tertawa. Hujahnya rupanya cuma mahu membenarkan apa yang dia mahu, keseronokan. Tapi tidak mahu tanggungjawab. Lalu aku membalas ringkas,
“Oklah kawan, aku faham maksud kau, tapi aku tak bersetuju dengan pendapat kau itu.” Lalu bicara kami terhenti di situ.
Sepatutnya aku tambah satu soalan lagi,
” Macamana kita nak dapat gadis yang baik jika kita tidak berusaha menjadi lelaki yang baik?”
Jun 7, 2007 at 6:34 pm
Hahaha. Analogi pandu uji kereta. Konon!
Adakah dia akan memperisterikan teman wanita dia bila dah “pandu uji” tu?
Cetek sangat pemikiran.
Jun 9, 2007 at 6:09 pm
Amyzz – Kalau dia dah ibaratkan teman wanita nya sebagai kereta yang boleh di pandu uji, makna nya, dia mahu di beri kebebasan untuk kemudian nanti, di beri pilihan samada untuk membeli dan memiliki kereta tersebut sebagai kereta milik sendiri. Persoalan nya sekarang sanggup kah teman wanita tadi meletakkan diri dan maruah nya sama seperti kereta yang boleh dipandu uji dan menunggu untuk di buat pilihan nanti, atau tinggal sebagai kereta yang sudah terpandu uji, dan mengetahui bahawa dia telah gagal dalam ujian!!!!??
Im – Apa yang di katakan oleh classmate Im bahawa: “Aku mahu isteri yang begitu, tapi aku tidak mahu teman wanita yang begitu…”
Komen Pycno – Ni, lebih kurang seperti orang yang sekadar mahu memandu uji sahaja. Duit nak beli kereta tak ada, dan lebih teruk lagi, mungkin langsung tidak berhajat nak membeli kereta itu pun. Lebih kurang seperti orang yang memandu uji kereta JUARA la tu…he..he…
Jun 11, 2007 at 1:01 am
amyz: biarlah dia. thanks sudi tinggalkan komen.
pyc: ahaha..juara memang kereta yang saya cukup anti. tidak menarik hati langsung.tp gadis itu bukan kategori kereta juara, tarafnya jauh lebih tinggi