Pada pemerhatian aku, wanita secara amnya obses dengan kecantikan. Cerewet dengan penampilan. Kawan baik di alam nyata dan alam blogku ada menulis, slogan wanita sejati ialah “Kecantikan melalui penderitaan.” Dia berkongsi derita cuba menjadi wanita sejati dengan memakai kasut tumit tinggi yang tak pernah menjadi kebiasaannya selama 26 tahun menjadi seorang perempuan.
Apakah definisi kecantikan yang sebenar? Kalau wanita di Malaysia sibuk dengan krim pemutih kulit, di sini terbalik. Di sini orang Aussie yang sudah sedia putih pula sibuk berjemur di pantai terutama di musim panas supaya kulit mereka menjadi lebih gelap atau ‘tanned’. Ironik bukan? Pengaruh media sebenarnya memainkan peranan besar dalam hal ini. Kita mudah terpengaruh dengan definisi kecantikan yang disogokkan kepada kita tanpa berfikir panjang. Kebetulan tidak lama dulu, aku menonton satu rancangan bual-bicara di Sydney ini yang membongkar penipuan majalah wanita iaitu berkenaan foto-foto model yang telah di’retouch’ menggunakan perisian komputer. Jadi wajah dan tubuh badan yang kelihatan sempurna pada majalah tersebut sebenarnya hanyalah kecantikan yang telah melalui proses transformasi digital. Contohnya boleh klik gambar di bawah (korg perlu ada Adobe Flash Player);
Bagi aku, tidaklah salah naluri wanita untuk menjaga kecantikan itu, asalkan kena pada tempatnya dan pada keadaannya. Malah memang bagus pun. Kalau berpakaian serabai dan selekeh dan tidak matching pun tidak manis dipandang juga. Apatah lagi seorang isteri yang perlu menjaga penampilan diri di hadapan suami. Tapi usahlah sampai menanggung sengsara. Tak perlulah berkasut tumit tinggi kalau anda memang bukan jenis sebegitu. Tak perlulah menghabiskan beribu ringgit untuk pakaian berjenama dan produk kecantikan melainkan kalau citarasa anda memang begitu dan anda mampu. Setiap wanita punya keistimewaan tersendiri dan pasti ada orang lain yang akan dapat melihat keistimewaan itu.
Ada orang berteori mengatakan bahawa wanita berusaha nampak cantik semata-mata untuk menarik perhatian lelaki? Benarkah? Entahlah aku tidak tahu. Mungkin ada perempuan yang boleh tolong jawabkan.
Hakikatnya kita ini membawa gelaran makhluk. Bersama gelaran itu datanglah faktor usia. Diri akan menjadi tua, kulit akan berkedut, rambut akan menjadi putih, pinggang akan melebar, badan akan menjadi lemah. Ia bukan hukuman tapi ia adalah cara halus Allah nak ingatkan yang kecantikan itu bukan perhatian yang utama pada pandanganNya. Di akhir nanti, bukan itu yang jadi keutamaan. Jika sedar perkara itu, akan lebih mudahlah seseorang itu menerima dirinya seadanya dan redha dengan apa yang dia ada.

Julai 5, 2007 at 1:19 am
perempuan hanya mahu yang terbaik untuk dirinya dan org sekelilingnya..tak salah jika tidak keterlaluan..tapi..aku prefer kecantikan dalaman..biar tak cantik tapi hati mau BERSIH..
Julai 5, 2007 at 4:26 pm
beauty lies on the eyes of the beholder… kan??? dan dah tentunya mcm yang cheedah kata, kecantikan dalaman tu penting…
Julai 6, 2007 at 6:00 am
Kalau kecantikan dalaman yang penting, kenapa agaknya, yang cantik di luar tu pula yang selalunya laris dan cepat laku??
Kesudahan nya, yang cantik diluar mendapat peluang untuk di kenali kecantikan dalaman nya. Sedangkan, yang tidak berapa cantik diluar, seringkali tidak dilayan, lantas langsung tidak berkesempatan menonjolkan kecantikan dalaman nya.
Salah siapa agak nya?? Saja nak ‘provoke’….;)
Julai 8, 2007 at 12:48 pm
Sampai skrg saya masih tak faham2 kenapa org selalu pertikaikan si dia ni tak padan dgn si dia tu cuma kerana tak sama padan cantik dari segi fizikal.
Julai 8, 2007 at 5:21 pm
“Setiap wanita punya keistimewaan tersendiri dan pasti ada orang lain yang akan dapat melihat keistimewaan itu” – kawan saya yang kata diri dia kurang cantik mengadu, bileeeeeee laaaaaa agaknya akan ada orang yang dapat lihat keistimewaan dia tu.
kecantikan di dalam, no. 1 perlu dijaga. di dalam cantik, di luar pun akan cantik. wanita, sepatutnya makin tua makin cantik. di mana menjelang umur 40 adalah usia yang paling optimum di mana baik lelaki dan wanita sepatutnya jadi paling cantik dan paling hensem waktu umur ni. tapi ramai yang jadi adalah sebaliknya, kan?
eh, kata Rizalman, wanita seharusnya cantik sampai mati!
Julai 9, 2007 at 6:29 pm
er……..
hanya mampu tersenyum membaca entri ini..:)
Julai 10, 2007 at 4:32 am
cheedah: tulah..kalau pempuan dah tak cantik hati plak busuk tak taulah nk kata apa dahh…
ros: haah..btul tu. so, apa kriteria utama abu start jatuh cinta kat ko? :p
pyc: dari mata turun ke hati. klau mata tak berkenan, camana hati nak terbuka? nak wat camana, itulah realitinya.
crimsonskye: entahlah. tapi…hehe…saya pun pernah masuk golongan yang awak cakap tu :p
hana: lain orang lain spesifikasi. mungkin spesifikasi yang ada pada dia tak memenuhi citarasa majoriti umat lelaki yang dia jumpa. prinsip wanita harus cantik smp mati tu satu cara berfikiran positif la. tapi jangan sampai dah nak mati pun tak sedar diri lagi.
4g1rlt3lls4ll: senyum jer? err…apa maknanya tu? aku pun senyum jugakla kalau camni
Julai 10, 2007 at 10:23 pm
Hahaha..: senyum je..meaning err…I had better keep my own opinion….haha
sama2lah kita senyum…:)
Julai 11, 2007 at 3:17 pm
Byk cara lain utk jadi cantik, manis, menawan tanpa kasut tinggi, maskara, lip-gloss, eye-liner, foundation dsbgnya.
Percayalah. Saya dah cuba semua.
Julai 11, 2007 at 4:49 pm
heheh…insight dari seorang wanita. very much appreciated.
Julai 18, 2007 at 6:08 pm
betol 2,sye agree sgt kte cheedah nga adek manes…dalaman yg plg ponting skali…tp srius sy ckp,sy xske dgn certain org islm skang ni..mcm bkn islm..dedah sne dedah sni!mcm bkn islm..xigt akhrt lgsg ke?xtkot ALLAH ker?hmm ntah larrrr………tenSION sy tau…
Julai 23, 2007 at 3:02 am
hehe..bab ni bidadari cinta saya tak reti nk komen
Ogos 5, 2008 at 7:21 am
ξέρετε οποιεσδήποτε πληροφορίες για αυτό το θέμα σε άλλες γλώσσες;
November 14, 2008 at 3:49 pm
betul,cntk dalaman amat penting..setakay cantik..ja x guna apa sebab?
sebab,lelaki zmn skrg pemilih..lelaki nak wanita yg pndi masak…setakat cntk x pndi masak..x guna..bazir duit laki ja..sikit2 mkn kat restoran..he3
April 4, 2009 at 1:13 am
salam.pada pendapat ana wanita itu CANTIK jika dia menjaga amal ibadatnya,imannya dan melakukan Amar Makruf Nahi Mungkar.Wanita Solehah yang menjaga Auratnya dihadapan lelaki BUKAN MAHRAM, menunjukkan kecantikan kepada seorang suami.Wanita yg berperibadi &akhlak yg baik sehingga idolanya ialah Saidatina Aisyah R.A,Rabiatul Adawiyah & SerikandiYg memperjuangkan Agama Allah.Bukan Wanita yg”Laksana Sutera Sehasta Dua,Diangkat Terselak Dilabuh Terdedah”.Ingatlah Wanita akhir zaman ini,jaga hati,jaga amalan,jaga solat Insyaallah kecantikan itu akan terserlah.INGATLAH WAHAI WANITA,CANTIK HANYA UNTUK SUAMI,CANTIK APABILA BARHADAPAN DGN ALLAH,ITULAH KECANTIKAN YANG SEBENAR