Menurut Albert Mehrabian, seorang pengkaji yang merintis kajian tentang bahasa badan sekitar tahun 1950an, dalam komunikasi antara manusia, impak kata-kata dalam menyampaikan sesuatu mesej cuma sekitar 7%. 38% bergantung kepada suara; intonasi, kelantangan dan gaya percakapan. Lebih separuh, iaitu 55% lagi bergantung kepada bahasa badan; memek muka, gerakan tangan dan kaki serta gerakan badan.
Oleh kerana 93% daripada mesej yang cuba disampaikan dalam komunikasi adalah bukan verbal, bukankah elok kita belajar cara yang betul untuk ‘bertutur’ dan ‘mendengar’ bahasa badan? Banyak yang boleh kita pelajari sebenarnya, kerana kata-kata yang diucapkan orang selalu tak menggambarkan apa yang ada di hatinya.
Bagaimana kita nak mengenali orang yang menipu misalnya? Menurut pengkaji Encik dan Puan Pease dalam buku mereka, ada 8 tanda am yang mungkin dilakukan oleh orang yang sedang cuba menipu tanpa disedarinya; mengusap kawasan mulutnya ketika bercakap, menyentuh hidungnya, menggosok matanya, menarik cuping telinganya, menggaru tengkuknya, menarik kolar bajunya dan memasukkan jari ke dalam mulutnya. Bukanlah semuanya sekali. Mungkin salah satu atau sebahagian dari senarai ini. Pun demikian, tak bolehlah kalau orang itu menggaru tengkuk terus kita cop dia menipu. Mungkin memang tengkuknya gatal. Tapi cuba renung-renungkan, pernahkah anda melihat orang di sekeliling anda melakukan benda2 ini? Kalau anda pula yang menipu, bagaimana?
Kajian mereka juga mengatakan perempuan secara fitrahnya lebih cekap membaca bahasa badan. Maka mereka juga lazimnya lebih cekap mengesan penipu sekaligus menipu tanpa dikesan. Sejauh mana kebenarannya? Entah.
Sekarang kajian sampingan di masa lapang aku adalah untuk menganalisis secara kualitatif bagaimana untuk mengetahui kalau seorang wanita meminati seorang lelaki. Bukan apa, saja suka-suka. Salah seorang responden aku kata tengok pada matanya, kerana mata wanita tidak akan menipu. Betulkah? Pun entah.
Satu hari nanti, manalah tahu, kalau cukup material, aku boleh tulis buku pula.
Oktober 28, 2007 at 8:20 am
Body language IS important.
A smile can hide your sorrow.
A murky face will lead people away from you.
A slight midget will reveal your unconfidence.
Oktober 28, 2007 at 2:14 pm
Bagi saya, kecekapan membaca bahasa badan akan meningkat mengikut usia perkenalan. Makin lama kenal, maka makin kita dapat mengesan bahasa badan yang biasa digunakan. That’s why, perempuan akan cepat mengesan sesuatu perubahan dalam bahasa badan. Bila perubahan bahasa badan berlaku secara tiba-tiba, perempuan always can tell, sama ada seseorang itu menipu atau tidak. Lagi pun perempuan BIASANYA mempunyai instinct yang kuat. Bagi saya lah…
Oktober 28, 2007 at 8:37 pm
hmm…bab nak tau if a woman minat a man tuh…tak dapek den nak nolong…haha…aku yg ppuan ni pn nak gak tau cana nak tau if laki tu suka seseorang ppuan kn…btw, nice post…;p
Oktober 28, 2007 at 9:39 pm
(KNB in english?pelik!)
huhu…bahasa badan perlu jua santun nya! sama seprti bahasa jiwa!
Oktober 29, 2007 at 12:11 am
Bahasa badan ni memang satu topik yang menarik…Aku pun rasa macam nak mendalami bahasa badan ni…
Oktober 29, 2007 at 12:19 am
kalau nak menipu kena belajar utk menipu bersungguh2 supaya body language x men’spoilkan’ penipuan anda.
Oktober 29, 2007 at 1:37 am
bahasa badan ni susah nak dipelajari dan susah nak difahami..silap2, boleh disalah anggap plk kalau kita xwat bahasa badan yang betul..
Oktober 29, 2007 at 8:04 am
hmm that’s make me wonder how many liars i can detect if i know that body language
hehe
btw this small infos that i wan’t to share :
1)women can remember every pieces of lies they put on to people more then a men
2) it is true that u can sense if a woman likes or have a crush to a man just by looking to her eyes. Cause the pupils of the eyes will dilate and give the shinning effect!! (wow boleh cair!)
bye happy BLOGGING
Oktober 29, 2007 at 5:45 pm
ermmm…adakah saiz badan memainkan peranan dalam bahasa badan ni…lebih kecil saiz badan seseorang itu, lebih banyak bahasa badan yang boleh dipraktikkannya..hmmm…entahlah..betul ke??
Oktober 30, 2007 at 6:56 pm
tapi kalau orang tu jenis kayu n emotionless, boleh baca gak ke bahasa badan dia?
Oktober 31, 2007 at 1:27 pm
kadang-kadang bahasa badan juga boleh mengelirukan.
takut tersalah tafsir signal yang cuba disampaikan
November 1, 2007 at 2:12 pm
Perempuan mmg ada satu sensor yg boleh tahu orang lain menipu atau tidak. Terutama suaminya.
Ini betul. Aku baca buku Allan and Barbara Pease.
Agaknya sensor tu bunyi macam ni : beep, beep, tipu. tipu.
November 2, 2007 at 2:57 am
kadang2 bahasa badan itu x semestinye betol..dan boleh kite tersalah anggap..
November 2, 2007 at 9:27 am
kalau menipu besenyer kita tak tgk deyrek kat mata owang tuwh….ayat kite pun lebeh konkrit..yelah..menipu katakan~~ dah tulis dah script nye awal2…
Mac 26, 2008 at 4:45 pm
[...] mereka yang ingin menggunakan kaedah bahasa badan, fahami konsep bahasa badan dengan baik. Dan selalunya bahasa badan setiap orang berbeza-beza. [...]
November 29, 2009 at 12:12 pm
bahsa badan tidak semestinya tepat 100%
November 29, 2009 at 12:17 pm
bagi mendalami ilmu bahasa badan anda mesti menghadiri kursus tersebut asas sekurangnya 3 hari secara sepenuh masa kemuduan praktikan terutama kepada terlibat dalam kerjaya PERISIKAN yang bertaraf rahsia-sekian.lepas tu boleh hadir kursus lanjutan dengan lebuh mendalam lagi.
November 29, 2009 at 7:55 pm
kalau gadis goyang buah dada bermakna nak suruh ramas teteknya.
November 29, 2009 at 7:58 pm
bukan setakat saiz badan saiz anu pun boleh baca gerak badan
November 29, 2009 at 8:00 pm
bukan setakat saiz badan saiz anu pun boleh baca gerak badan