Aku jumpa ini. Video pendek yang kreatif dari budak MMU.
Dengan gaya penyampaian yang santai tapi penuh makna dan maksud tersirat, krew produksi klip ini dan aktres-aktresnya telah berjaya memaparkan diversiti pemahaman wanita tentang konteks pemakaian tudung. Juga kepelbagaian persepsi masyarakat yang melihat wanita bertudung. Antara imej dan penampilan. Antara sebab dan tujuan. Dan sejauhmana pemakaian tudung menepati ciri-ciri yang dikehendaki agama.
Anda rasa?
***
Video ni dah diupload Nov 2005, so dah lama jugak la. Aku je yang ketinggalan zaman.
Lebih banyak info am tentang pandangan dan status tudung/hijab di Wikipedia.
Januari 24, 2008 at 11:46 am
Sebab hukum menutup aurat itu wajib
Februari 4, 2008 at 12:56 pm
Saya suka video clip ini kerana ia memberikan perspektif yang pelbagai mengapa sesaorang itu bertudung.
Pada saya, sama saja kalau kita bertanya kenapa sesaorang itu makan. Mungkin ada yang menjawab:
(a) sebab saya lapar/kebulur/dah satu hari tidak makan
(b) sebab saya menemani kawan/ tak ada kerja lain nak buat.
(c) sebab saya nak makan/ suka makan.
(d) sebab saya nak lupakan masaalah/ makan membuat saya rasa gembira.
Soalan saya berhubung VC tadi: Apakah tidak mustahil yang bertudung litup suatu hari nanti, tercabut/terlondeh tudung nya, and vice versa?
Saya sudah terlalu banyak melihat itu semua.
Rasa nya, jawapan kepada persoalan “mengapa kamu bertudung?” jelas terletak di penghujung VC tadi, yang sudah pasti tidak ada siapa lagi yang boleh mempersoalkan nya.
To be fair Lazu, apa pula persoalan yang boleh diutarakan kepada kaum Adam, dan apakah pula agaknya jawapan kita semua?
Februari 4, 2008 at 4:02 pm
Aku suka video ni. Thanks sebab letak video ni kat blog ko. Semoga saham akhirat itu berpanjangan.