Summer holidays have arrived! Enough with my thesis and my subjects! By the time you are reading this, I am already off to Tasmania. Jalan-jalan cari pasal. Round pulau tu seminggu. Insyaallah will be back to Sydney by 6th December.
November 12, 2007
Nota: Penulis blog tak semacho ini.
Aku depress siyot! Mana dengan exam lagi. Dengan tesis lagi. Tulah, buat kerja last minute lagi. Rasakan!
Supervisor aku pun ikut depress sama macam aku. Kena stomach infection.
Semalam aku jalan-jalan dekat Maloney Street release tension. Nampak buaian kanak-kanak. Aku naik. Aku buai laju-laju sampai kecut perut. Aku terpaksa angkat kaki tinggi-tinggi sebab buaian tu rendah sangat. Lalu seorang pakcik Aussie. Mula-mula dia pandang aku sepintas lalu, kemudian dia terhenti. Dia pandang aku semula. Berkerut dahi dia pandang aku. Lama.
“Pity…so young already crazy.” Dia cakap.
Aku rasalah.
Oktober 27, 2007
Menurut Albert Mehrabian, seorang pengkaji yang merintis kajian tentang bahasa badan sekitar tahun 1950an, dalam komunikasi antara manusia, impak kata-kata dalam menyampaikan sesuatu mesej cuma sekitar 7%. 38% bergantung kepada suara; intonasi, kelantangan dan gaya percakapan. Lebih separuh, iaitu 55% lagi bergantung kepada bahasa badan; memek muka, gerakan tangan dan kaki serta gerakan badan.
Oleh kerana 93% daripada mesej yang cuba disampaikan dalam komunikasi adalah bukan verbal, bukankah elok kita belajar cara yang betul untuk ‘bertutur’ dan ‘mendengar’ bahasa badan? Banyak yang boleh kita pelajari sebenarnya, kerana kata-kata yang diucapkan orang selalu tak menggambarkan apa yang ada di hatinya.
Bagaimana kita nak mengenali orang yang menipu misalnya? Menurut pengkaji Encik dan Puan Pease dalam buku mereka, ada 8 tanda am yang mungkin dilakukan oleh orang yang sedang cuba menipu tanpa disedarinya; mengusap kawasan mulutnya ketika bercakap, menyentuh hidungnya, menggosok matanya, menarik cuping telinganya, menggaru tengkuknya, menarik kolar bajunya dan memasukkan jari ke dalam mulutnya. Bukanlah semuanya sekali. Mungkin salah satu atau sebahagian dari senarai ini. Pun demikian, tak bolehlah kalau orang itu menggaru tengkuk terus kita cop dia menipu. Mungkin memang tengkuknya gatal. Tapi cuba renung-renungkan, pernahkah anda melihat orang di sekeliling anda melakukan benda2 ini? Kalau anda pula yang menipu, bagaimana?
Kajian mereka juga mengatakan perempuan secara fitrahnya lebih cekap membaca bahasa badan. Maka mereka juga lazimnya lebih cekap mengesan penipu sekaligus menipu tanpa dikesan. Sejauh mana kebenarannya? Entah.
Sekarang kajian sampingan di masa lapang aku adalah untuk menganalisis secara kualitatif bagaimana untuk mengetahui kalau seorang wanita meminati seorang lelaki. Bukan apa, saja suka-suka. Salah seorang responden aku kata tengok pada matanya, kerana mata wanita tidak akan menipu. Betulkah? Pun entah.
Satu hari nanti, manalah tahu, kalau cukup material, aku boleh tulis buku pula.
Oktober 20, 2007
11.18 malam. Baring. Mata kebil-kebil. Bangun. Duduk di meja studi. Main Spider Solitaire. Kalah. Dan kalah lagi. Dan lagi. Tutup game. Baring.
Toleh kanan. Toleh kiri. Balik-balikkan badan. Tutup lampu. Pejam mata. Buka mata. Buka lampu semula.
Malam ini terasa lebih kosong dari biasa.
Oktober 3, 2007
Minggu lepas aku cuti seminggu. Mid-sem break. Satu peluang yang baik untuk aku catch-up kerja-kerja yang tertangguh. Revise benda-benda yang dah dipelajari sebagai preparation untuk exam. Siapkan tesis.
But instead of doing all that, I spent the whole week doing practically nothing. Tidur, surf internet, tengok movie, main spider solitaire. Wasted my whole week! Dem!
Hari ni dah start kuliah balik barulah terkial-kial nak siapkan semua. Pathetic.
September 21, 2007
Satu kisah di bulan Ramadhan, lebih satu dekad lalu di sebuah sekolah berasrama penuh.
Sekumpulan pelajar lelaki sedang bersiap untuk bersahur. Berpaket-paket maggi perisa kari dicampak ke dalam baldi dan kemudian disiram dengan air panas, dari cerek elektrik yang dicilok dari dewan makan. Seorang menyiapkan minuman, kopi o cap masjid yang juga dipau dari lokasi yang sama. Masing-masing kelam-kabut kerana waktu Subuh sudah hampir.
Maggi yang sudah masak kemudian dibahagi sama rata. Yang tak ada tupperware, cedok saja dari baldi dengan gayung mandi. Ahh..hidup di asrama memang begitu, melatih kau jadi kreatif dan meutilisasikan apa yang kau ada untuk menyelesaikan masalah. Air kopi dari jag plastik dihirup bergilir.
Sedang asyik menikmati santapan, tiba-tiba terdengar sayup-sayup suara azan di kejauhan. Masing-masing terhenti dan tergamam. Ada yang gulungan maggi masih berjuraian keluar dari mulut tak sempat disedut. Ada yang air kopi dikemam, serba salah mahu ditelan atau tidak.
Mujurlah, dalam kekalutan dan kewas-wasan suasana, seorang yang boleh dikira paling alim dalam jemaah itu mengeluarkan fatwa.
“Takpe. Itu azan kariah lain tu. Kat sini belum lagi.”
Lalu terungkailah segala keraguan dan teruslah mereka menelan dan meneguk dengan rakus tanpa banyak soal lagi.
Hai….entah sah entah tidaklah puasa budak-budak itu waktu itu.
September 17, 2007
Lagi meme selepas ditag oleh Hana
1. What’s bothering you right now?
Aku punya tesis dan supervisor. Aku fobia mahu bertemu dengannya. Aku sedang mengalami writer’s block. Tapi nak tak nak kenalah jumpa juga minggu ini.
2. Describe your:
wallet – Hitam, jenama cikai dan banyak poket. Aku tidak pentingkan jenama sangat. Yang penting ia boleh menjalankan fungsinya.
wallpaper on pc : Gambar sekawanan ikan lumba-lumba melompat serentak dari kolam dalam satu pertunjukan sewaktu aku bercuti ke Gold Coast musim sejuk yang baru lalu. Cantik gambar tu.
background on cellphone : Seperti wallet, handset aku juga adalah dari jenama cikai. Tidak boleh download gambar apa-apa. Yang ada cuma imej yang sudah dipreset dalam handset itu. Kalendar.
jewellery worn daily : Aku tidak tahu kenapa Hana suruh aku jawab soalan ini.
eyes : Putih di sekeliling, coklat di tengah. Tidak rabun. Belum lagi.
life : Ada masanya seronok, ada masanya tak. Biasalah kan?
3. What are you / do you :
doing this weekend : Tidur. Bangun. Dan tidur semula. Dan kemudian untuk berbuka, makan percuma di Malaysian Hall.
wearing : T-Shirt merah, kain pelekat biru dan juga seraut wajah yang tension kerana belum siapkan tesisnya lagi.
want : Siapkan tesis. Habiskan masters. Balik Mesia. Jumpa mak abah. Adik-adik. Dia. Itu keinginan jangka masa pendek. Keinginan jangka masa panjang terlalu banyak untuk disenaraikan di sini.
listening to : Lelaki Ini oleh Anuar Zain.
smell like : Lelaki yang berbau badan tapi cuba ditutup dengan tempekan bedak Aiken dan semburan pewangi jenama…ya btul! cikai lagi!
4. Do you
believe in soulmate : Sudah tentu
believe in miracles : Semestinya
burn quickly in the sun : Tak. Walaupun aku berkulit cerah, kalau berjemur lama pun kulit aku tidak akan hitam. Setakat inilah.
5. Who to tag?
Aku malas mahu tag sesiapa.
September 8, 2007
Foto asal oleh Derek Jensen (Tysto)