Kamu masih lawat blog aku kah? Serius? Terharunya… well, aku sudah pindah. Lagi. Ke sini pulak. Aku harap rumah kali ini akan jadi rumah siber aku yang tetap. Aku haraplah.

Aku akan update blog itu bila aku rasa aku nak update. Bila aku rasa aku nak menaip. Tapi mungkin tak selalulah. Mungkin. Kalau nak suruh aku update selalu-selalu. Jangan haraplah.

Aku masih ingat lagi sewaktu aku di Tingkatan 1 dulu. Selang hujung minggu je mesti kena latihan disiplin dan ketahanan fizikal oleh pengawas. Owh..kalau korang xtau, ini adalah bahasa lembut untuk ragging. Lompat katak, jalan itik, push-up, cuci jamban, tak dibenarkan tidur malam merupakan asam garam kehidupan waktu itu. Sungguh berbeza dari yang aku bayangkan sebelum aku masuk sekolah tu. Aku bayangkan sume orang pandai2, nerd nak mampus, muka skema, pakai spek bell bingkai besar, rambut sikat tepi, baju tuck-in, jalan tunduk. Jauh panggang dari api. Bagai langit dengan bumi. Bagai anjing dengan bayang-baya…eh..bukan, yang ni takde kena-mengena.

Penderitaan yang dialami ketika itu kalau dikenangkan memanglah tak best dikenang. Tapi bila direnung-renung semula, banyak perkara tentang dunia ni yang aku belajar waktu itu. Selepas penat aku dan rakan-rakan ditahan tak tidur malam dan disuruh push-up lah, duduk half-way down lah, lari keliling padanglah, pengawas akan menyelitkan nasihat berguna tentang kehidupan. Masa tu memanglah tak ingat sangat. Dalam hati tengah berbakul-bakul memaki-hamun diorang. Tapi aku rasa memang persekitaran sebegitu perlu supaya nasihat tersebut meresap ke dalam hati dan berbekas di dalam jiwa. Salah satu yang paling aku ingat ialah pesan ini:

“Korang kena ingat! Tak semestinya orang buat baik dengan kau, dia suka kat kau. Dan tak semestinya orang yang marah-marahkan kau, sakitkan hati kau, pukul kau, orang tu benci kat kau.”

“Yelah tu, alasan la tu nak dera orang” Aku kata dalam hati.

Tapi semakin aku menginjak usia kematangan, semakin aku rasa betapa benarnya kata2 tu. Simple, dan sebenarnya memang kita tau kot, cuma kita tak sedar.

…To be continued

Kau tau hari ni bos kita mengamuk dengan si Z? Kata dia.

Ya ke bang? Sebab apa? Tanya aku.

Dia dengar citer si Z fitnah dia dapat masters beli. Yang kesiannya si Z tu takde pun kata macam tu. Entah sapa ntah dajalkan dia. Dengki.

Owh…

Tapi bos kita pun tak patut la melenting macam tu. Siasat dulu. Lagipun biarlah orang nak kata apa pun, rileks je.……. Tengok macam aku. Orang kata aku hensem. Manade aku marah.

Isyyy..kalau saya jadi abang saya marah!

Sebab apa?

Sebab orang tu bohong!

Shilake ko!

“Encik, hari ni kelas last kan?”

“Haah”

“Terima kasih ye encik. Apa-apa saya mintak maaf.” Dia salam aku. Dia cium tangan aku.

Wow! Terharu dowh!

Obviously, ada sesuatu yang istimewa tentang budak ini. Aku yakin dia ini telah dididik dengan adab berguru sebegitu baik sehingga terpancar melalui akhlaknya. Mungkin tindakannya dipandang remeh oleh orang lain tapi tidak bagi aku. Kerana perbuatannya ini sebenarnya adalah satu manifestasi keindahan adab orang Melayu yang kian lenyap di zaman moden ini. Aku kagum dan pada masa yang sama malu, kerana dulu sewaktu menjadi pelajar tak pernah pun aku jumpa pensyarah untuk memohon maaf atas salah dan silap dan mohon diberkati ilmu. Malulah konon. Malu yang tak kena pada tempatnya.

Aku dedikasikan entri ini istimewa buat lima orang student aku yang kantoi dengan aku semalam dengan ucapan, sila refer tips no 6.

Disclaimer: Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang salahlaku pelajar atau tindakan disiplin yang dikenakan terhadap pelajar yang mengikuti tips-tips ini.

TIPS PENIRU BIJAK


1. Jangan tiru terlampau last minit. Ini kesilapan paling kerap dilakukan pelajar. Diorang sangka oleh kerana diorang dah ada assignment copy diorang pun buat sambil lewa. Hari ni nak hantar pagi ni baru nak salin. Dalam kelas lecturer lain pulak tu! Luangkan masa yang mencukupi untuk meniru.

2. Jangan copy bulat-bulat! Walaupun ko pemalas di tahap cipan, jangan sampai kemalasan ko menyusahkan orang lain, terutamanya sumber ko. Sudahlah dia penat-penat siapkan assignment tu sampai tak tidur malam, ko copy plak dia punya jawapan word by word. Come on lah. Usahalah sikit. Tukar perkataan, restruktur semula ayat. Gunakan idea sumber dan olah menggunakan kata-kata sendiri.

Tapi Encik Lazu, assignment saya dalam bahasa Inggeris. Saya tak pandai nak menukar perkataan atau struktur ayatnya.

Alasan! Kamus kan ada? Tentang struktur ayat boleh aje tanya kawan-kawan yang BI mereka agak ok. Kalau setakat kesalahan grammar sikit-sikit tu lecturer akan faham. Malah mungkin ada lecturer yang akan hargai pun sebab dia akan fikir itu kerja original.

3. Pastikan sumber kau berkualiti. Biasanya dalam satu-satu kelas, akan ada sekumpulan kecil yang rajin dan akan buat assignment tu dulu. Berbaik-baiklah dengan mereka biarpun anda seorang yang cool dan macho manakala mereka adalah budak-budak nerd yang berspek tebal dan berambut sikat tepi sebelah kiri.

Kenapa? Kerana lazimnya proses peniruan ini akan melalui struktur hierarki, dimulai dengan sumber, kemudian rakan sumber, kemudian rakan kepada rakan sumber dan seterusnya. Jika anda berada di bahagian terkebawah dalam hierarki tersebut, anda akan berkebarangkalian besar untuk mendapat salinan dengan tulisan yang sukar dibaca (sebab orang sebelum anda dah kelam-kabut mengcopy) selain dari masa meniru yang semakin suntuk. Jadi satu hal pula nak cuba memahamkan apa yang ditulis dalam tempoh masa yang singkat.

Tips ini lebih penting lagi untuk pelajar kejuruteraan atau sains di mana kebanyakan assignment melibatkan persamaan dan penyelesaian matematik. Bila assignment sukar dibaca, mulalah andaian sendiri dibuat. Contoh: 5a + 5a = 100 (sebab orang terdahulu tertulis a macam 0). Nampak remeh kan? Tapi selalunya pelajar tak perasan kerana diorang takkan baca dan semak semula apa yang diorang tulis. Dan kalau majoriti orang salahnya sama kat situ jugak, memang confirm la kantoi.

4. Baca dulu sebelum tiru! Anda kena tahu dulu apa yang anda nak tiru tu. Jangan main hentam sahaja. Fahami idea utama dan poin-poin penting. Ada kawan aku dahulu punyalah bertaklid buta dalam menyalin dari member sampai dia hantar tersalin nama penuh dan no matriks member tu sekali! Confirm la kantoi!

5. Kalau assignment melibatkan penggunaan komputer pun sama. Jangan copy paste dan tukar font aje. Belajarlah tokok-tambah dan buat ayat sendiri. Kalau ade generate graf menggunakan Excel misalnya, silalah generate data-data tu semula dalam Excel dan tukar layout dan colouring graf dia supaya nampak tak sama.

6. Last sekali jangan underestimate pensyarah ko! Pensyarah selalunya sudah berpengalaman tentang teknik-teknik peniruan yang sedia ada. Cuma rata-ratanya jenis boleh consider asalkan peniruan tu tak terlampau obvious.

Sekian tips aku untuk kali ini. Ada komen atau tips tambahan?

Aku sudah kembali. Sebenarnya jasad fizikku sudah menjejakkan kaki ke Malaysia lebih sebulan yang lalu. Tubuhku sudah kembali tegal merasai tiupan angin Malaysia yang hari-harinya kering dan hangat. Lidahku sudah kembali asyik menikmati teh tarik dan roti canai hasil tangan peniaga India Muslim yang lengannya berbulu lebat bergulung-gulung, dan badannya yang berpeluh masin berjurai-jurai. Struktur mekanik motor kaki dan tanganku sudah kembali mahir memandu di lorong-lorong jalanraya Malaysia yang dipenuhi ramai pemandu-pemandu yang cekap tapi kurang adab.

Hati…..? Ah hati. Hatiku rasanya tak pernah meninggalkan bumi Semenanjung ini, dari waktu aku pergi dulu sampai saat ini, separuh tertinggal dalam belaian lembut usapan tangan bonda dan separuh lagi tersimpan antara redup mata dan senyuman manis sang kekasih.

Sudah hampir sebulan juga aku mula mengajar. Anak-anak muridku kali ini adalah mahasiswa tahun 1, yang harapanku tiga tahun lagi akan lulus cemerlang sebagai graduan yang diburu majikan. Harapan yang cuba aku titipkan secara halus dalam pengajaranku tentang hukum Kirchoff, aliran arus ulang alik dan teorem litar magnet. Harapan yang selalunya keluar dari mulutku dalam bentuk untaian kata-kata nasihat, namun aku rasa selalu juga terurai dek angin lalu, sebelum sempat sampai ke telinga sebal mereka di hadapanku yang tidur berdengkur hingga meleleh air liur.

Untuk menjadikan kesibukan sebagai alasan untuk tidak mengupdet blog aku rasa adalah kurang wajar, malah tidak tepat sama sekali. Kerana di mana pun kita berada di dunia nyata, asalkan punya akses internet, di alam siber kita tetap di tempat yang sama. Emel yang dikirim kepada kita akan sampai ke alamat yang sama yang kita pilih lama dahulu, meskipun tubuh kita telah mengembara serata dunia. Begitu juga, orang yang ingin mencari dan mengetahui tentang cerita kita, pendapat kita, celoteh kita akan mencarinya di URL blog yang sama.

Bukan juga kerana tidak ada cerita, kerana setiap hari yang kita lalui adalah cerita bagi kita, membentuk perenggan-perenggan kecil yang akhirnya nanti akan dibukukan menjadi sebuah novel kehidupan. Novel yang mengasyikkan, membosankan, mendebarkan, menyeramkan, menyakitkan, menguatkan, melemahkan, menggembirakan, menyedihkan, membuai, membahagia, menyayat…..mencetus seribu satu macam rasa bagi kita, meskipun ia mungkin tidak menarik langsung bila dibaca orang.

Barangkali alasan paling konkrit adalah kerana aku, buat suatu waktu, tiada semangat untuk berblog. Dalam apapun yang kita lakukan, bahkan perkara yang kita minati sekalipun, akan ada masanya kita merasa bosan menghadapnya. Kita perlukan sedikit masa, menjauhkan diri agar dapat membina minat kita kembali. Seperti cinta, adakala kita perlu berjauhan seketika, agar kita tahu erti rindu dan tahu menghargai dia yang kita ada. Sebab khuatir bila terlalu lama kita menghadap benda yang kita cinta, semakin kita memagnifikasi kelemahan dan kekurangannya dan semakin kita lupa pula pada keistimewaannya, perkara yang mula-mula membuatkan kita jatuh cinta padanya dahulu.

Aku jumpa ini. Video pendek yang kreatif dari budak MMU.

Dengan gaya penyampaian yang santai tapi penuh makna dan maksud tersirat, krew produksi klip ini dan aktres-aktresnya telah berjaya memaparkan diversiti pemahaman wanita tentang konteks pemakaian tudung. Juga kepelbagaian persepsi masyarakat yang melihat wanita bertudung. Antara imej dan penampilan. Antara sebab dan tujuan. Dan sejauhmana pemakaian tudung menepati ciri-ciri yang dikehendaki agama.

Anda rasa?😉

***

Video ni dah diupload Nov 2005, so dah lama jugak la. Aku je yang ketinggalan zaman.

Lebih banyak info am tentang pandangan dan status tudung/hijab di Wikipedia.