Bila dapat surat kena pergi: AHHH!!!! TIDAK!!! KATAKANLAH TIDAK!!! KATAKANLAH !!!

Tempat:

Pelan Ulu Sepri

Persiapan: Terpaksa beli 2 helai baju kemeja putih berlengan pendek dan track bot. Lari bajet aku bulan ni.

Sampai: Kawan lama aku masa di uni dulu jadi Ketua Fasi. Gila otai tak hengat! Penolong Pengarah tuu!!! Tapi still sporting. Dan tak berlagak. Alhamdulillah.

Hostel: Dormitori. Satu dorm 20 org. Selesa. Tandas pun bersih.

Makan: Boleh tak bayangkan belanja RM9.70 sehari untuk makan 6 kali dengan lauk-pauk dan kuih-muihnya boleh dirangkumkan dalam kategori sedap? Ya! Anda boleh dapatkannya di sini! Well, actually takdelah sedap gila tapi makcik-makcik tukang masak di kantin itu does a wonderful job cooking with a tight budget.

Kawan: Jumpa ramai kawan baru. Mostly from USM, tapi ada juga dari Kementerian, KUITTHO, KUKUM etc. etc. Majoritinya sporting and nice to be with.

Ceramah: Yang hebat: Leftenan Jeneral Zaini, Panglima Medan ATM semasa kes Al*Mau*nah. This is the man who bravely fought Am*in Mau*nah face to face and saved the country from ultimate chaos. Kata-kata dia yang aku ingat:

“Kalau kita kasih dan kasihankan sesuatu, buatlah apa yang kita fikirkan wajar pada dan ketika itu juga. Jangan tunggu esok atau lusa kerana mungkin esok atau lusa peluang itu sudah tiada lagi.”

SAC*Akhil. Dari cawangan khas. Bicara kes-kes sensitif. Ancaman dalam dan luar negara. Noktah. Aku tak boleh cerita. Nak tahu pergi tanya dia sendiri.

Yang tak hebat: Buat apa nak cerita.

LDK : Walau apa sekalipun, moral of the story is jangan sokong parti pembangkang. At all cost. No matter what. Or else.

Fasi:😦

Jurulatih: Best gila! Pak Nizar, you rock!

Ujian kecergasan: Pencapaian memberangsangkan.

Larian 2 km: Masa lulus 18 minit. Masa dicatat 12 minit 16 saat.

Kembara: Kurang mencabar tapi tetap menyeronokkan.

Ujian bertulis: Sempoi! Study lebih kurang. Tak tau tembak. Mudah-mudahan lulus.

Suasana: Tenang. Mendamaikan. Nyaman. Segar. Cantik.