“Kedai kat sini semua tutup awal.” Pak Nizar memulakan celoteh. “Pukul 9 dah tutup. Itu sebab orang Rembau ni anak banyak.”

“Hahahaha.” Kitorang ketawa penuh ikhlas. Lawak berunsur sebegini memang mudah ditangkap oleh minda aku dan rakan-rakan.

“Satu lagi sebab keretapi”Pak Nizar menambah.

“Keretapi?!!”

“Yelah, kat Rembau ni bila keretapi lalu malam-malam, terjaga. Lepas tu tak tau nak buat apa…nak tidur balik tak boleh…”

“Warghkakakah.” Gelak bertambah 5 desibel. Terutama dari pihak lelaki yang sememangnya suka dengan jenaka sebegini.