Hari itu, aku pergi ke IDP Subang. Menguruskan perihal keberangkatan ke bumi kangaroo Februari nanti. Sewaktu menunggu giliran, ternampaklah aku akan seorang wanita, barangkali dalam usia 40an nya sedang menemani anaknya yg kurasa sekitar lepas SPM umurnya. Barangkali anaknya juga sedang dalam proses melanjutkan pelajaran di sana.

Jelek sungguh pakaiannya. Dengan berbaju tipis menampakkan coli sejelasnya, dengan hidung kembang, kurasa wanita ini terdesak mengharap perhatian. Walhal suami turut ada di sisi. Aku terfikir, tika muda dulu dia cantik mungkin (walaupun aku rasa tak), maka cara pemakaiannya terbawa-bawa sampai kini.

Atau barangkali dia memang tidak sedar diri.

Usia cuma menjalankan tugasnya. Pakailah Olay, SK-II Pitera, Shurah, atau segala mak nenek skin regenerative system yang ada, kulit akan berkedut juga. Badan akan lemah jua. Rambut akan gugur jua. Payu dara akan layut jua.

Dan bila tiba masa itu, tak perlulah dipakai lagi pakaian nan ‘seksi’ itu. Orang tengok pun nak muntah. Sekian, terima kasih.

Bukan aku kata masa muda boleh pakai seksi ye!!!