Pakar motivasi negaraku yang tercinta ada berkata dalam salah satu siri ceramahnya bahawa nama mempengaruhi peribadi kita. Memberi kesan kepada tindak-tanduk kita. Nama juga akan bertindak sebagai doa bagi diri kita.

Kuliah. Kelas aku kena bentuk kumpulan kecil untuk assignment. Aku gengkan diri dengan sorang pak Arab ni, jurutera dari Saudi yang bernama Al-Zahrani. Kami bertukar-tukar maklumat dan no telefon.

“Do you know what your name means?” Dia bertanya kepadaku.

Aku tahu, tapi dia orang Arab, pastinya dia boleh memberi tafsiran yang lebih tepat. “No, what does it mean? Aku menjawab. “I know Khair means something better right?”

“Yes….No! It means the best!”

“And the second part of my name?”

“It means having intention to do something good. So that means whatever intentions you have, you’re gonna do it the best way you can!”

Aduhai! Aku renung diri aku. Terasa jauh benar diriku dengan nama yang aku ada. Terasa tak layak meletakkan diri aku sepadan dengan namaku itu.