Mei 2007


Kenapa bila aku tak tegur, dia kata aku sombong.

Tapi bila aku tegur dia kata pada orang aku minat kat dia?

“Kalau anda semua hendak beli rumah tanpa meminjam dari bank, berapa lamakah masa yang akan anda ambil?” Lelaki Lebanon seperlima abad itu mengajukan soalan pada audiens. Masih muda, tapi wajahnya tampak matang. Suasana The Lodge hening. Bukan tak tahu jawapan tapi masing-masing menjawab di dalam hati. Termasuk aku.

Muslimin dan muslimat di hadapannya terus membisu. Lalu dia menjawab soalannya sendiri, “Katakanlah saya ni mempunyai pekerjaan yang bagus, berpendapatan 60-70 ribu setahun (angka anggaran bagi gaji eksekutif di sini). Dan katakanlah rumah yang ingin saya beli harganya 5 ratus ribu (harga piawai rumah teres di sini. memang mahal kan?). Sekarang anggaplah saya dapat menyimpan 10 ribu setahun. Jika saya tidak mahu membuat pinjaman bank, saya terpaksa bekerja keras selama 50 tahun, barulah saya dapat membeli rumah. Itupun jika saya benar-benar tidak menyentuh atau menggunakan duit itu langsung. “

Dia diam sejenak. Hadirin ada yang mengangguk setuju.

“Jadi” sambungnya, “Kalau hendak mendapatkan rumah di dunia ini pun kita sudah perlu berusaha sekeras itu, bagaimana agaknya usaha yang perlu kita buat untuk membeli sebuah rumah di syurga? Cukupkah dengan amal ibadah yang kita lakukan sekarang?”

Bicaranya benar. Logikanya berasas. Dan kata-katanya semalam di main ulang secara automatis dalam mindaku sampai ke hari ini.

Dalam YM beberapa hari lalu,

………………..

Aku: Aweks sihat?

Dia: Eh, ko kt sana camane? Ok tak?

Aku: (Sudah mula rasa pelik) Ok je. Cuaca lebih kurg cam kat Mesia. Kau tak jawab lagi soklan aku tadi? Tak rindu kat aweks ke dok berjauhan ni?

Dia: (Diam, lama) Sebenarnya, aku dah clash dengan awek aku.

Aku: Err…ok. Patutlah tak jawab soklan aku tadi. Kenapa? Sapa yang mintak clash?

Dia: Dia. Dia kata dia dah jatuh cinta dengan lelaki lain. Dia kata lagi dia tak nak terus mainkan perasaan aku sedangkan hati dia pada orang lain.

………………. 

Mereka bercinta bukan baru sehari dua. Sejak sekolah menengah. Sampai menjejak alam uni. Hingga sang lelaki itu sudah bekerja pun. Cuma mereka ini bercinta jarak jauh. Jarang dapat bertemu.

Kalau dahulu-dahulu, kecurangan itu jalan ceritanya klise. ‘Villain’nya acapkali lelaki. Perempuan lazimnya sinonim dengan kesetiaan. Tapi dunia sekarang sudah moden. Perempuan sudah ramai yang menuntut hak setaraf lelaki.

Tapi benarkah hubungan jarak jauh sukar bertahan? Benarkah perempuan itu perlukan lelaki yang selalu dekat dengannya? Tidak cukupkah kasih yang telah ditumpahkan sekian banyak dan sekian lama? Aku keliru juga. Padahal seorang sahabat perempuan aku bercinta begitu juga. Enam tahun berjauhan. Tapi sekarang sudah selamat disatukan pun. Bukanlah tak ada cabaran kan. Bila kau kata kau cinta, pasti kau akan diduga.

Aku dapat rasakan satu hari nanti mantan kekasih sahabatku itu akan menyedari kesilapannya menilai kasih sayang. Dekat tak semestinya lebih kasihnya dari yang jauh. Dekat tak semestinya setia cintanya dari yang jauh. Kadang-kadang yang tak nampak itu lebih tinggi nilainya dari yang nampak.

Aku rasa sebenarnya kesetiaan itu pilihan dan kesungguhan hati. Moga Allah tetapkan hati aku begitu.

Jika Ia Sebuah Cinta