Dalam YM beberapa hari lalu,

………………..

Aku: Aweks sihat?

Dia: Eh, ko kt sana camane? Ok tak?

Aku: (Sudah mula rasa pelik) Ok je. Cuaca lebih kurg cam kat Mesia. Kau tak jawab lagi soklan aku tadi? Tak rindu kat aweks ke dok berjauhan ni?

Dia: (Diam, lama) Sebenarnya, aku dah clash dengan awek aku.

Aku: Err…ok. Patutlah tak jawab soklan aku tadi. Kenapa? Sapa yang mintak clash?

Dia: Dia. Dia kata dia dah jatuh cinta dengan lelaki lain. Dia kata lagi dia tak nak terus mainkan perasaan aku sedangkan hati dia pada orang lain.

………………. 

Mereka bercinta bukan baru sehari dua. Sejak sekolah menengah. Sampai menjejak alam uni. Hingga sang lelaki itu sudah bekerja pun. Cuma mereka ini bercinta jarak jauh. Jarang dapat bertemu.

Kalau dahulu-dahulu, kecurangan itu jalan ceritanya klise. ‘Villain’nya acapkali lelaki. Perempuan lazimnya sinonim dengan kesetiaan. Tapi dunia sekarang sudah moden. Perempuan sudah ramai yang menuntut hak setaraf lelaki.

Tapi benarkah hubungan jarak jauh sukar bertahan? Benarkah perempuan itu perlukan lelaki yang selalu dekat dengannya? Tidak cukupkah kasih yang telah ditumpahkan sekian banyak dan sekian lama? Aku keliru juga. Padahal seorang sahabat perempuan aku bercinta begitu juga. Enam tahun berjauhan. Tapi sekarang sudah selamat disatukan pun. Bukanlah tak ada cabaran kan. Bila kau kata kau cinta, pasti kau akan diduga.

Aku dapat rasakan satu hari nanti mantan kekasih sahabatku itu akan menyedari kesilapannya menilai kasih sayang. Dekat tak semestinya lebih kasihnya dari yang jauh. Dekat tak semestinya setia cintanya dari yang jauh. Kadang-kadang yang tak nampak itu lebih tinggi nilainya dari yang nampak.

Aku rasa sebenarnya kesetiaan itu pilihan dan kesungguhan hati. Moga Allah tetapkan hati aku begitu.

Jika Ia Sebuah Cinta