mal-chn.jpg

Patriotisme dalam diri aku belum luluh sepenuhnya. Namun cuma tinggal sisa. Kejutan yang dimahu, yang didapat malu. Hati ini bukan berputus-asa, tapi sudah lelah. Lelah menyokong pasukan belasahan yang masih di takuk yang sama walau sudah sekian lama.

Zaman Mokhtar Dahari dulu, Korea Selatan pernah menghantar delegasi ke negara kita untuk belajar teknik bermain bola. Itu hampir 30 tahun dahulu. Lihat di mana mereka sekarang. Dan di lihat di mana kita. Masihkah ada harapan untuk bolasepak negara?