Ogos 2007


skuad-u23.jpg

Piala Merdeka hadiah ulangtahun negara ke-50

Sumber: Utusan Malaysia

Nasib baik. Ingatkan kita cuma ada hadiah pemberian Uzbek waktu Piala Asia lepas untuk diraikan. Sekarang hadiah tu bolehlah dibakulkan sampahkan dan dianggap seolah tak pernah tersurat dalam lembaran diari bolasepak negara. Nama Encik Sathi dijulang. Mahu dinaikkan pangkat mengisi kekosongan jawatan ditinggalkan Cikgu Jan.

Hipotesis: Apa kata instead of naikkan pangkat Sathi sahaja, serapkan bersama skuad ini sebagai skuad kebangsaan? Mereka masih muda, punyai kreativiti, semangat yang masih membara dan tenaga yang masih banyak. Janganlah tunggu sampai mereka ini sudah jadi skuad bawah 30 baru mahu dijadikan pemain kebangsaan.

gadis-ipt.jpg

Sumber: Utusan Malaysia (sila klik imej untuk lebih jelas)

Hipotesis:

1. Aku syak penyumbang undi terbanyak itu ialah lelaki. Mereka malas mahu berusaha lalu mahu kerajaan yang hadkan kemasukan pelajar perempuan.

2. Aku juga syak pengundi kedua terbanyak itu perempuan-perempuan yang mahu menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk tidak payah/tahu memasak. 🙂

Advertisements

“Aku mahu kau tahu Naufal, sebenarnya selama ini aku tunggu kau” ujar Maisarah. Dia sudah tak mampu menahan lagi perasaannya. Biarlah, hari ini dia leraikan segalanya. Dia tak mahu memendam lara lagi. “Dari MRSM kita berkawan, sampailah kita hampir grad sekarang ini. Tapi aku sudah renyah menanti buah yang takkan gugur. Makin lama aku tunggu, makin aku terasa yang cuma aku seorang menyimpan perasaan ini. Walhal, kau cuma menganggap aku kawan biasa.”

“Aku ada cerita tentang Halim kan, teman sekuliah aku tu? Minggu lepas dia approach aku. Dan aku dah buat keputusan untuk terima dia. Dia baik, dan aku akan cuba belajar untuk menyayangi dia.” Dipandangnya sekilas wajah Naufal yang tunduk diam tanpa ekspresi.

Bisu.

“Tahniah” Naufal yang sedari tadi menyepi akhirnya berbicara. “Aku minta maaf kalau aku buat kau berperasaan begitu. Bukan niat aku. Aku doakan kau dengan dia bahagia hingga akhir hayat. Lepas ini aku harap kita tetap dapat berkawan macam sebelum ini, walaupun aku tahu keadaan mungkin sudah tidak sama.”

Dan Naufal berlalu pergi.

Maisarah tidak tahu dalam poket seluar Naufal hari itu ada surat. Di dalamnya terkandung bait-bait cinta. Luahan perasaan Naufal untuk Maisarah. Yang dipendam sekian lama. Sejak MRSM. Yang kini sudah renyuk. Serenyuk hatinya.

Dan Naufal tidak tahu sebenarnya Maisarah bohong. Dia masih mengharap. Kalau Naufal juga ada perasaan padanya dan mengakuinya hari ini, dia tidak akan terima Halim. Kerana dalam hatinya cuma ada dia.

bendera-malaya.jpg bendera-malaysia.png

Lihat dua gambar bendera kita di atas. Sama tak?

Jalurnya tak sama kan? Yang kiri, jalur bawahnya berakhir dengan warna merah, yang kanan warna putih. Kalau dikira, bilangan jalur yang kiri ialah 11, yang kanan ialah 14 (mungkin tak berapa nampak line putih yang last dlm gmbr ni, tapi kita sedia maklum kan?) Bilangan bucu bintangnya juga begitu. Jadi yang mana satu sebenarnya bendera negara kita?

Kedua-duanya pun ya. Yang kiri adalah yang mula-mula digunakan untuk Malaya, dari tahun 1950 hingga 1963. Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963, 3 lagi jalur ditambah bersama 3 bucu bintang, masing-masing mewakili Sabah, Sarawak dan Singapura.

Ironiknya, apabila Singapura keluar daripada persekutuan Malaysia 2 tahun selepas itu, tidak pula dibuang satu jalur dan bucu bintang itu menjadi 13 (ada maksud tersiratkah? Hmmm…). Hinggalah pada tahun 1972 bila Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diwujudkan, barulah jalur dan bucu yang ‘terlebih’ itu dikatakan mewakili wilayah itu. Dan bila Wilayah Persekutuan Labuan (1984) dan Putrajaya (2001) diwujudkan, rekabentuk yang sama masih kekal. Semua wilayah itu kini dianggap digabungkan dan diwakili oleh satu jalur sahaja.

Sekian matapelajaran sejarah untuk kali ini.

Dan sempena Hari Kemerdekaan ke-50 negara yang bakal menjelang ini, aku kibarkanlah Jalur Gemilang dalam blog aku ini. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, sementara aku kat negeri orang ni biarlah aku kutip sikit emas supaya boleh bawa balik negeri sendiri nanti…

Satu iklan tentang kesedaran jalanraya di tempat aku ni. Saja nak kongsi.

Sapa yang perasan bagus bila dia bawak kereta laju-laju dengan enjin menderum-derum dengan perasaan bangga dan rasa macam semua orang respek kat dia? Sila angkat tangan!

Datuk JPJ cadangkan pasang kamera automatik kat tempat yang kerap berlaku kemalangan. Logikkah? Itu penyelesaian masalahkah? Aku kata tidak.

Cadangannya itu cadangan reaktif. Tunggu sesuatu jadi dulu baru bertindak. Tunggu ada orang mati dulu baru nak buat sesuatu. Masalah takkan selesai. Pemandu cuai takkan terhukum selagi dia sendiri tak eksiden. Kamera itu tak ada fungsi kalau sekadar terpacak di tempat kerap kemalangan kerana hakikatnya kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Takkan nak pasang kamera di setiap batang jalan raya yang ada? Dan takkanlah Datuk tak arif lagi tentang taktik simple semua pemandu, lalu kawasan ada kamera bawaklah slow, nanti dah lepas laju balik. Budak kecik pun tahu.

Untuk itu aku ada dua usul luar kotak. Pertama kita tingkatkan denda dan hukuman undang-undang secara drastik. Pandu laju denda minimum RM 5000 atau penjara dan gantung lesen misalnya . Kesalahan yang lebih berat hukumannya pun lebih berat. Jadi orang akan fikir dua kali untuk memandu cuai.

Kedua, naikkan gaji semua polis pangkat Konstabel sampai Inspektor sebanyak 100%. Biar gaji mereka semua setaraf gaji lepasan ijazah. Kenapa? Supaya mereka lebih berinsentif untuk menjalankan tugas dengan dedikasi dan disiplin. Siapa-siapa pun akan rendah motivasinya kalau terpaksa bekerja teruk untuk gaji yang ciput. Memanglah pekerjaan polis itu sesuatu yang mulia dan aku tahu polis-polis kita ramai yang menjunjung tinggi amanah yang diberikan. Tapi tak semua. Ramai yang kurang bersemangat untuk menjalankan tugas sebaiknya bilamana gaji masih kecil dengan kos sara hidup masakini yang semakin meningkat dan ditambah pula dengan risiko kerja yang tinggi. Dan ini juga mendedahkan mereka pada unsur rasuah. Jalan pintas untuk mencari duit tambahan adalah dengan meminta imbuhan untuk membantu pesalah trafik mengelakkan dari disaman.

Aku teringat cerita seorang kawan aku yang ditahan polis kerana kesalahan trafik. “Ni kalau tak nak kena saman ni, adik pahamlah kan?” Polis tu kata. Kawan aku hulurkanlah beberapa keping not kertas dan terlepaslah dia dari disaman. Tapi sebelum dia pergi, polis tu kata lagi, “Mintak halal ye dik.”

Mintak halal pun kan rasuah juga tu?…

Kalau gaji polis naik, taraf hidup mereka juga akan meningkat. Bila hidup dah agak selesa, mereka akan lebih tegar melaksanakan undang-undang dan menghukum pesalah trafik sewajarnya. Dan agak-agaklah kan, kalau hidup diorang dah senang, bila ada pemandu cuai yang ditahan tawar rasuah kat diorang, diorang nak terima tak?

Supervisor hamba telah mengkhabarkan kepada hamba dia sudah mahu tengok table of contents dan draf outline tesis Selasa depan. Kalau boleh dengan senarai bibliografi lengkap. Banyak bahan rujukan yang perlu dibaca, disusun, diterjemah. Data-data perlu difahamkan, disimpulkan dan diolah. Plagiarisme bukanlah satu opsyen.

Risau. Tapi mudah-mudahan semuanya akan ok.

Updated 15/8

Alhamdulillah, so far so good. Supervisor kata tesis outline hamba sudah ok, cuma ada perubahan minor yang dia mahu hamba buat. Minggu depan dia mahu hamba persembahkan pula kesimpulan dan hujahan hasil analisis data hamba. Satu lagi tugasan mencabar menanti.

Dilema (kecil) seorang Melayu yang bermusafir ke negara orang seperti aku ialah apabila terpaksa membuang air besar di tandas selain tandas rumah sendiri, lazimnya tandas universiti. Tak ada paip air. Kena pakai tisu tandas. Main palit-palit saja. Rasa sungguh keji. Kadang-kadang setengah gulung tisu tandas itu untuk aku seorang saja. Itupun tak cukup. Sudah setengah tahun di sini pun aku belum boleh biasakan diri lagi. Balik rumah wajib dibasuh semula dengan air.

Aku fikir selain memberi perhatian pada golongan kurang upaya, universiti perlu menyediakan tandas khas untuk orang Melayu juga. Ada paip air. Atau sekurang-kurangnya setiap tandas yang sedia ada dilengkapi dengan baldi dan cebok.

Ke aku aje Melayu kat sini yang menghadapi masalah ini?