bendera-malaya.jpg bendera-malaysia.png

Lihat dua gambar bendera kita di atas. Sama tak?

Jalurnya tak sama kan? Yang kiri, jalur bawahnya berakhir dengan warna merah, yang kanan warna putih. Kalau dikira, bilangan jalur yang kiri ialah 11, yang kanan ialah 14 (mungkin tak berapa nampak line putih yang last dlm gmbr ni, tapi kita sedia maklum kan?) Bilangan bucu bintangnya juga begitu. Jadi yang mana satu sebenarnya bendera negara kita?

Kedua-duanya pun ya. Yang kiri adalah yang mula-mula digunakan untuk Malaya, dari tahun 1950 hingga 1963. Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963, 3 lagi jalur ditambah bersama 3 bucu bintang, masing-masing mewakili Sabah, Sarawak dan Singapura.

Ironiknya, apabila Singapura keluar daripada persekutuan Malaysia 2 tahun selepas itu, tidak pula dibuang satu jalur dan bucu bintang itu menjadi 13 (ada maksud tersiratkah? Hmmm…). Hinggalah pada tahun 1972 bila Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diwujudkan, barulah jalur dan bucu yang ‘terlebih’ itu dikatakan mewakili wilayah itu. Dan bila Wilayah Persekutuan Labuan (1984) dan Putrajaya (2001) diwujudkan, rekabentuk yang sama masih kekal. Semua wilayah itu kini dianggap digabungkan dan diwakili oleh satu jalur sahaja.

Sekian matapelajaran sejarah untuk kali ini.

Dan sempena Hari Kemerdekaan ke-50 negara yang bakal menjelang ini, aku kibarkanlah Jalur Gemilang dalam blog aku ini. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, sementara aku kat negeri orang ni biarlah aku kutip sikit emas supaya boleh bawa balik negeri sendiri nanti…