skuad-u23.jpg

Piala Merdeka hadiah ulangtahun negara ke-50

Sumber: Utusan Malaysia

Nasib baik. Ingatkan kita cuma ada hadiah pemberian Uzbek waktu Piala Asia lepas untuk diraikan. Sekarang hadiah tu bolehlah dibakulkan sampahkan dan dianggap seolah tak pernah tersurat dalam lembaran diari bolasepak negara. Nama Encik Sathi dijulang. Mahu dinaikkan pangkat mengisi kekosongan jawatan ditinggalkan Cikgu Jan.

Hipotesis: Apa kata instead of naikkan pangkat Sathi sahaja, serapkan bersama skuad ini sebagai skuad kebangsaan? Mereka masih muda, punyai kreativiti, semangat yang masih membara dan tenaga yang masih banyak. Janganlah tunggu sampai mereka ini sudah jadi skuad bawah 30 baru mahu dijadikan pemain kebangsaan.

gadis-ipt.jpg

Sumber: Utusan Malaysia (sila klik imej untuk lebih jelas)

Hipotesis:

1. Aku syak penyumbang undi terbanyak itu ialah lelaki. Mereka malas mahu berusaha lalu mahu kerajaan yang hadkan kemasukan pelajar perempuan.

2. Aku juga syak pengundi kedua terbanyak itu perempuan-perempuan yang mahu menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk tidak payah/tahu memasak.🙂