September 2007


Satu kisah di bulan Ramadhan, lebih satu dekad lalu di sebuah sekolah berasrama penuh.

Sekumpulan pelajar lelaki sedang bersiap untuk bersahur. Berpaket-paket maggi perisa kari dicampak ke dalam baldi dan kemudian disiram dengan air panas, dari cerek elektrik yang dicilok dari dewan makan. Seorang menyiapkan minuman, kopi o cap masjid yang juga dipau dari lokasi yang sama. Masing-masing kelam-kabut kerana waktu Subuh sudah hampir.

Maggi yang sudah masak kemudian dibahagi sama rata. Yang tak ada tupperware, cedok saja dari baldi dengan gayung mandi. Ahh..hidup di asrama memang begitu, melatih kau jadi kreatif dan meutilisasikan apa yang kau ada untuk menyelesaikan masalah. Air kopi dari jag plastik dihirup bergilir.

Sedang asyik menikmati santapan, tiba-tiba terdengar sayup-sayup suara azan di kejauhan. Masing-masing terhenti dan tergamam. Ada yang gulungan maggi masih berjuraian keluar dari mulut tak sempat disedut. Ada yang air kopi dikemam, serba salah mahu ditelan atau tidak.

Mujurlah, dalam kekalutan dan kewas-wasan suasana, seorang yang boleh dikira paling alim dalam jemaah itu mengeluarkan fatwa.

“Takpe. Itu azan kariah lain tu. Kat sini belum lagi.”

Lalu terungkailah segala keraguan dan teruslah mereka menelan dan meneguk dengan rakus tanpa banyak soal lagi.

Hai….entah sah entah tidaklah puasa budak-budak itu waktu itu.

Advertisements

Melayu selalu dikaitkan dengan sifat tidak menepati masa. Kalau berjanji mahu berjumpa jam 8, biasanya paling cepat pun 8.15. Majlis kalau dalam aturcara program mulanya jam 9, selalunya akan bermula paling awal jam 9.30. Mesyuarat, khususnya kakitangan kerajaan pun begitu. Kronik sungguh penyakit ini. Sampaikan ada ketua ataupun penganjur, kalau program dirancang bermula jam 9 akan ditulis dalam tentatif bermula jam 8.30.

Kalau nak tengok orang Melayu menepati masa, Ramadhanlah waktunya. Itupun bukan sepanjang masa. Dua kali dalam sehari. Pertama, waktu berbuka dan kedua waktu imsak. Yang kedua ini pun belum tentu. Tapi yang pertama itu sudah pasti. Kalau waktu berbuka jam 7 malam, pukul 6.55 sudah siap-sedia dengan makanan tersaji di depan mata. Tepat jam 7 aje, doa pun dibaca dan makanan pun terus dijamah tanpa berlengah.

Melayu sangat berkapabiliti menepati masa sebenarnya.

Macam tak terasa aje dah seminggu berpuasa di perantauan. So far, semuanya ok. Cuma takde pasar Ramadhan. Jadi kalau di rumah, terpaksalah masak sendiri. Aku rindukan hidangan air tangan bonda. Air tangan aku ok la tapi tak sedap sangat. Hehe. Tapi untuk Raya, aku dah minta bonda kirimkan tat nenas kegemaran aku dari Malaysia. Mintak-mintak tak jadi serbuk by the time sampai ke tangan aku.

Selamat berpuasa semua!

Lagi meme selepas ditag oleh Hana

1. What’s bothering you right now?
Aku punya tesis dan supervisor. Aku fobia mahu bertemu dengannya. Aku sedang mengalami writer’s block. Tapi nak tak nak kenalah jumpa juga minggu ini.

2. Describe your:
wallet
– Hitam, jenama cikai dan banyak poket. Aku tidak pentingkan jenama sangat. Yang penting ia boleh menjalankan fungsinya.

wallpaper on pc : Gambar sekawanan ikan lumba-lumba melompat serentak dari kolam dalam satu pertunjukan sewaktu aku bercuti ke Gold Coast musim sejuk yang baru lalu. Cantik gambar tu.

background on cellphone : Seperti wallet, handset aku juga adalah dari jenama cikai. Tidak boleh download gambar apa-apa. Yang ada cuma imej yang sudah dipreset dalam handset itu. Kalendar.

jewellery worn daily : Aku tidak tahu kenapa Hana suruh aku jawab soalan ini.

eyes : Putih di sekeliling, coklat di tengah. Tidak rabun. Belum lagi.

life : Ada masanya seronok, ada masanya tak. Biasalah kan?

3. What are you / do you :
doing this weekend
: Tidur. Bangun. Dan tidur semula. Dan kemudian untuk berbuka, makan percuma di Malaysian Hall.

wearing : T-Shirt merah, kain pelekat biru dan juga seraut wajah yang tension kerana belum siapkan tesisnya lagi.

want : Siapkan tesis. Habiskan masters. Balik Mesia. Jumpa mak abah. Adik-adik. Dia. Itu keinginan jangka masa pendek. Keinginan jangka masa panjang terlalu banyak untuk disenaraikan di sini.

listening to : Lelaki Ini oleh Anuar Zain.

smell like : Lelaki yang berbau badan tapi cuba ditutup dengan tempekan bedak Aiken dan semburan pewangi jenama…ya btul! cikai lagi!

4. Do you
believe in soulmate :
Sudah tentu

believe in miracles : Semestinya

burn quickly in the sun : Tak. Walaupun aku berkulit cerah, kalau berjemur lama pun kulit aku tidak akan hitam. Setakat inilah.

5. Who to tag?

Aku malas mahu tag sesiapa.

separa-penuh.jpg

Foto asal oleh Derek Jensen (Tysto)