Aku dedikasikan entri ini istimewa buat lima orang student aku yang kantoi dengan aku semalam dengan ucapan, sila refer tips no 6.

Disclaimer: Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang salahlaku pelajar atau tindakan disiplin yang dikenakan terhadap pelajar yang mengikuti tips-tips ini.

TIPS PENIRU BIJAK


1. Jangan tiru terlampau last minit. Ini kesilapan paling kerap dilakukan pelajar. Diorang sangka oleh kerana diorang dah ada assignment copy diorang pun buat sambil lewa. Hari ni nak hantar pagi ni baru nak salin. Dalam kelas lecturer lain pulak tu! Luangkan masa yang mencukupi untuk meniru.

2. Jangan copy bulat-bulat! Walaupun ko pemalas di tahap cipan, jangan sampai kemalasan ko menyusahkan orang lain, terutamanya sumber ko. Sudahlah dia penat-penat siapkan assignment tu sampai tak tidur malam, ko copy plak dia punya jawapan word by word. Come on lah. Usahalah sikit. Tukar perkataan, restruktur semula ayat. Gunakan idea sumber dan olah menggunakan kata-kata sendiri.

Tapi Encik Lazu, assignment saya dalam bahasa Inggeris. Saya tak pandai nak menukar perkataan atau struktur ayatnya.

Alasan! Kamus kan ada? Tentang struktur ayat boleh aje tanya kawan-kawan yang BI mereka agak ok. Kalau setakat kesalahan grammar sikit-sikit tu lecturer akan faham. Malah mungkin ada lecturer yang akan hargai pun sebab dia akan fikir itu kerja original.

3. Pastikan sumber kau berkualiti. Biasanya dalam satu-satu kelas, akan ada sekumpulan kecil yang rajin dan akan buat assignment tu dulu. Berbaik-baiklah dengan mereka biarpun anda seorang yang cool dan macho manakala mereka adalah budak-budak nerd yang berspek tebal dan berambut sikat tepi sebelah kiri.

Kenapa? Kerana lazimnya proses peniruan ini akan melalui struktur hierarki, dimulai dengan sumber, kemudian rakan sumber, kemudian rakan kepada rakan sumber dan seterusnya. Jika anda berada di bahagian terkebawah dalam hierarki tersebut, anda akan berkebarangkalian besar untuk mendapat salinan dengan tulisan yang sukar dibaca (sebab orang sebelum anda dah kelam-kabut mengcopy) selain dari masa meniru yang semakin suntuk. Jadi satu hal pula nak cuba memahamkan apa yang ditulis dalam tempoh masa yang singkat.

Tips ini lebih penting lagi untuk pelajar kejuruteraan atau sains di mana kebanyakan assignment melibatkan persamaan dan penyelesaian matematik. Bila assignment sukar dibaca, mulalah andaian sendiri dibuat. Contoh: 5a + 5a = 100 (sebab orang terdahulu tertulis a macam 0). Nampak remeh kan? Tapi selalunya pelajar tak perasan kerana diorang takkan baca dan semak semula apa yang diorang tulis. Dan kalau majoriti orang salahnya sama kat situ jugak, memang confirm la kantoi.

4. Baca dulu sebelum tiru! Anda kena tahu dulu apa yang anda nak tiru tu. Jangan main hentam sahaja. Fahami idea utama dan poin-poin penting. Ada kawan aku dahulu punyalah bertaklid buta dalam menyalin dari member sampai dia hantar tersalin nama penuh dan no matriks member tu sekali! Confirm la kantoi!

5. Kalau assignment melibatkan penggunaan komputer pun sama. Jangan copy paste dan tukar font aje. Belajarlah tokok-tambah dan buat ayat sendiri. Kalau ade generate graf menggunakan Excel misalnya, silalah generate data-data tu semula dalam Excel dan tukar layout dan colouring graf dia supaya nampak tak sama.

6. Last sekali jangan underestimate pensyarah ko! Pensyarah selalunya sudah berpengalaman tentang teknik-teknik peniruan yang sedia ada. Cuma rata-ratanya jenis boleh consider asalkan peniruan tu tak terlampau obvious.

Sekian tips aku untuk kali ini. Ada komen atau tips tambahan?