Aku masih ingat lagi sewaktu aku di Tingkatan 1 dulu. Selang hujung minggu je mesti kena latihan disiplin dan ketahanan fizikal oleh pengawas. Owh..kalau korang xtau, ini adalah bahasa lembut untuk ragging. Lompat katak, jalan itik, push-up, cuci jamban, tak dibenarkan tidur malam merupakan asam garam kehidupan waktu itu. Sungguh berbeza dari yang aku bayangkan sebelum aku masuk sekolah tu. Aku bayangkan sume orang pandai2, nerd nak mampus, muka skema, pakai spek bell bingkai besar, rambut sikat tepi, baju tuck-in, jalan tunduk. Jauh panggang dari api. Bagai langit dengan bumi. Bagai anjing dengan bayang-baya…eh..bukan, yang ni takde kena-mengena.

Penderitaan yang dialami ketika itu kalau dikenangkan memanglah tak best dikenang. Tapi bila direnung-renung semula, banyak perkara tentang dunia ni yang aku belajar waktu itu. Selepas penat aku dan rakan-rakan ditahan tak tidur malam dan disuruh push-up lah, duduk half-way down lah, lari keliling padanglah, pengawas akan menyelitkan nasihat berguna tentang kehidupan. Masa tu memanglah tak ingat sangat. Dalam hati tengah berbakul-bakul memaki-hamun diorang. Tapi aku rasa memang persekitaran sebegitu perlu supaya nasihat tersebut meresap ke dalam hati dan berbekas di dalam jiwa. Salah satu yang paling aku ingat ialah pesan ini:

“Korang kena ingat! Tak semestinya orang buat baik dengan kau, dia suka kat kau. Dan tak semestinya orang yang marah-marahkan kau, sakitkan hati kau, pukul kau, orang tu benci kat kau.”

“Yelah tu, alasan la tu nak dera orang” Aku kata dalam hati.

Tapi semakin aku menginjak usia kematangan, semakin aku rasa betapa benarnya kata2 tu. Simple, dan sebenarnya memang kita tau kot, cuma kita tak sedar.

…To be continued