Fikir


Aku dedikasikan entri ini istimewa buat lima orang student aku yang kantoi dengan aku semalam dengan ucapan, sila refer tips no 6.

Disclaimer: Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang salahlaku pelajar atau tindakan disiplin yang dikenakan terhadap pelajar yang mengikuti tips-tips ini.

TIPS PENIRU BIJAK


1. Jangan tiru terlampau last minit. Ini kesilapan paling kerap dilakukan pelajar. Diorang sangka oleh kerana diorang dah ada assignment copy diorang pun buat sambil lewa. Hari ni nak hantar pagi ni baru nak salin. Dalam kelas lecturer lain pulak tu! Luangkan masa yang mencukupi untuk meniru.

2. Jangan copy bulat-bulat! Walaupun ko pemalas di tahap cipan, jangan sampai kemalasan ko menyusahkan orang lain, terutamanya sumber ko. Sudahlah dia penat-penat siapkan assignment tu sampai tak tidur malam, ko copy plak dia punya jawapan word by word. Come on lah. Usahalah sikit. Tukar perkataan, restruktur semula ayat. Gunakan idea sumber dan olah menggunakan kata-kata sendiri.

Tapi Encik Lazu, assignment saya dalam bahasa Inggeris. Saya tak pandai nak menukar perkataan atau struktur ayatnya.

Alasan! Kamus kan ada? Tentang struktur ayat boleh aje tanya kawan-kawan yang BI mereka agak ok. Kalau setakat kesalahan grammar sikit-sikit tu lecturer akan faham. Malah mungkin ada lecturer yang akan hargai pun sebab dia akan fikir itu kerja original.

3. Pastikan sumber kau berkualiti. Biasanya dalam satu-satu kelas, akan ada sekumpulan kecil yang rajin dan akan buat assignment tu dulu. Berbaik-baiklah dengan mereka biarpun anda seorang yang cool dan macho manakala mereka adalah budak-budak nerd yang berspek tebal dan berambut sikat tepi sebelah kiri.

Kenapa? Kerana lazimnya proses peniruan ini akan melalui struktur hierarki, dimulai dengan sumber, kemudian rakan sumber, kemudian rakan kepada rakan sumber dan seterusnya. Jika anda berada di bahagian terkebawah dalam hierarki tersebut, anda akan berkebarangkalian besar untuk mendapat salinan dengan tulisan yang sukar dibaca (sebab orang sebelum anda dah kelam-kabut mengcopy) selain dari masa meniru yang semakin suntuk. Jadi satu hal pula nak cuba memahamkan apa yang ditulis dalam tempoh masa yang singkat.

Tips ini lebih penting lagi untuk pelajar kejuruteraan atau sains di mana kebanyakan assignment melibatkan persamaan dan penyelesaian matematik. Bila assignment sukar dibaca, mulalah andaian sendiri dibuat. Contoh: 5a + 5a = 100 (sebab orang terdahulu tertulis a macam 0). Nampak remeh kan? Tapi selalunya pelajar tak perasan kerana diorang takkan baca dan semak semula apa yang diorang tulis. Dan kalau majoriti orang salahnya sama kat situ jugak, memang confirm la kantoi.

4. Baca dulu sebelum tiru! Anda kena tahu dulu apa yang anda nak tiru tu. Jangan main hentam sahaja. Fahami idea utama dan poin-poin penting. Ada kawan aku dahulu punyalah bertaklid buta dalam menyalin dari member sampai dia hantar tersalin nama penuh dan no matriks member tu sekali! Confirm la kantoi!

5. Kalau assignment melibatkan penggunaan komputer pun sama. Jangan copy paste dan tukar font aje. Belajarlah tokok-tambah dan buat ayat sendiri. Kalau ade generate graf menggunakan Excel misalnya, silalah generate data-data tu semula dalam Excel dan tukar layout dan colouring graf dia supaya nampak tak sama.

6. Last sekali jangan underestimate pensyarah ko! Pensyarah selalunya sudah berpengalaman tentang teknik-teknik peniruan yang sedia ada. Cuma rata-ratanya jenis boleh consider asalkan peniruan tu tak terlampau obvious.

Sekian tips aku untuk kali ini. Ada komen atau tips tambahan?

Aku jumpa ini. Video pendek yang kreatif dari budak MMU.

Dengan gaya penyampaian yang santai tapi penuh makna dan maksud tersirat, krew produksi klip ini dan aktres-aktresnya telah berjaya memaparkan diversiti pemahaman wanita tentang konteks pemakaian tudung. Juga kepelbagaian persepsi masyarakat yang melihat wanita bertudung. Antara imej dan penampilan. Antara sebab dan tujuan. Dan sejauhmana pemakaian tudung menepati ciri-ciri yang dikehendaki agama.

Anda rasa? 😉

***

Video ni dah diupload Nov 2005, so dah lama jugak la. Aku je yang ketinggalan zaman.

Lebih banyak info am tentang pandangan dan status tudung/hijab di Wikipedia.

Kau duduk bersama kawan-kawan, santai, lepak-lepak. Kemudian seorang daripada kawan kau cuba buat lawak. Tapi tak lawak. Apa patut kau buat? Patutkah kau pura-pura gelak untuk jaga hati? Atau patutkah kau bersikap jujur dan kata, “Tak kelakar pun!” Mana satu yang kau pilih?

Tukar senario. Kau duduk bersama orang atasan kau, atau orang yang berpengaruh atau orang yang berkepentingan ke atas kau. Dia buat lawak yang sama. Tak kelakar. Kau gelak tak? Tak gelak kang dia dah tak favour kau susah juga. Tapi kalau gelak karang, takut obvious sangat yg kau pura-pura. Eyyy…ramai orang tak sedar tau yang kalau diorang ketawa pura-pura, orang lain tahu. Gelak separuh perasaan. Ketawa dibuat-buat. Contohnya kalau kau rasa benda tu betul-betul kelakar, kau akan gelak KAHKAHKAHKAHKAH. Tapi kalau kau buat-buat dia akan jadi ahaha…..hehe…..he. Contoh aje, tapi kau boleh bayangkan kan?

So?

Menurut Albert Mehrabian, seorang pengkaji yang merintis kajian tentang bahasa badan sekitar tahun 1950an, dalam komunikasi antara manusia, impak kata-kata dalam menyampaikan sesuatu mesej cuma sekitar 7%. 38% bergantung kepada suara; intonasi, kelantangan dan gaya percakapan. Lebih separuh, iaitu 55% lagi bergantung kepada bahasa badan; memek muka, gerakan tangan dan kaki serta gerakan badan.

Oleh kerana 93% daripada mesej yang cuba disampaikan dalam komunikasi adalah bukan verbal, bukankah elok kita belajar cara yang betul untuk ‘bertutur’ dan ‘mendengar’ bahasa badan? Banyak yang boleh kita pelajari sebenarnya, kerana kata-kata yang diucapkan orang selalu tak menggambarkan apa yang ada di hatinya.

Bagaimana kita nak mengenali orang yang menipu misalnya? Menurut pengkaji Encik dan Puan Pease dalam buku mereka, ada 8 tanda am yang mungkin dilakukan oleh orang yang sedang cuba menipu tanpa disedarinya; mengusap kawasan mulutnya ketika bercakap, menyentuh hidungnya, menggosok matanya, menarik cuping telinganya, menggaru tengkuknya, menarik kolar bajunya dan memasukkan jari ke dalam mulutnya. Bukanlah semuanya sekali. Mungkin salah satu atau sebahagian dari senarai ini. Pun demikian, tak bolehlah kalau orang itu menggaru tengkuk terus kita cop dia menipu. Mungkin memang tengkuknya gatal. Tapi cuba renung-renungkan, pernahkah anda melihat orang di sekeliling anda melakukan benda2 ini? Kalau anda pula yang menipu, bagaimana?

Kajian mereka juga mengatakan perempuan secara fitrahnya lebih cekap membaca bahasa badan. Maka mereka juga lazimnya lebih cekap mengesan penipu sekaligus menipu tanpa dikesan. Sejauh mana kebenarannya? Entah.

Sekarang kajian sampingan di masa lapang aku adalah untuk menganalisis secara kualitatif bagaimana untuk mengetahui kalau seorang wanita meminati seorang lelaki. Bukan apa, saja suka-suka. Salah seorang responden aku kata tengok pada matanya, kerana mata wanita tidak akan menipu. Betulkah? Pun entah.

Satu hari nanti, manalah tahu, kalau cukup material, aku boleh tulis buku pula.

separa-penuh.jpg

Foto asal oleh Derek Jensen (Tysto)

skuad-u23.jpg

Piala Merdeka hadiah ulangtahun negara ke-50

Sumber: Utusan Malaysia

Nasib baik. Ingatkan kita cuma ada hadiah pemberian Uzbek waktu Piala Asia lepas untuk diraikan. Sekarang hadiah tu bolehlah dibakulkan sampahkan dan dianggap seolah tak pernah tersurat dalam lembaran diari bolasepak negara. Nama Encik Sathi dijulang. Mahu dinaikkan pangkat mengisi kekosongan jawatan ditinggalkan Cikgu Jan.

Hipotesis: Apa kata instead of naikkan pangkat Sathi sahaja, serapkan bersama skuad ini sebagai skuad kebangsaan? Mereka masih muda, punyai kreativiti, semangat yang masih membara dan tenaga yang masih banyak. Janganlah tunggu sampai mereka ini sudah jadi skuad bawah 30 baru mahu dijadikan pemain kebangsaan.

gadis-ipt.jpg

Sumber: Utusan Malaysia (sila klik imej untuk lebih jelas)

Hipotesis:

1. Aku syak penyumbang undi terbanyak itu ialah lelaki. Mereka malas mahu berusaha lalu mahu kerajaan yang hadkan kemasukan pelajar perempuan.

2. Aku juga syak pengundi kedua terbanyak itu perempuan-perempuan yang mahu menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk tidak payah/tahu memasak. 🙂

bendera-malaya.jpg bendera-malaysia.png

Lihat dua gambar bendera kita di atas. Sama tak?

Jalurnya tak sama kan? Yang kiri, jalur bawahnya berakhir dengan warna merah, yang kanan warna putih. Kalau dikira, bilangan jalur yang kiri ialah 11, yang kanan ialah 14 (mungkin tak berapa nampak line putih yang last dlm gmbr ni, tapi kita sedia maklum kan?) Bilangan bucu bintangnya juga begitu. Jadi yang mana satu sebenarnya bendera negara kita?

Kedua-duanya pun ya. Yang kiri adalah yang mula-mula digunakan untuk Malaya, dari tahun 1950 hingga 1963. Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963, 3 lagi jalur ditambah bersama 3 bucu bintang, masing-masing mewakili Sabah, Sarawak dan Singapura.

Ironiknya, apabila Singapura keluar daripada persekutuan Malaysia 2 tahun selepas itu, tidak pula dibuang satu jalur dan bucu bintang itu menjadi 13 (ada maksud tersiratkah? Hmmm…). Hinggalah pada tahun 1972 bila Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diwujudkan, barulah jalur dan bucu yang ‘terlebih’ itu dikatakan mewakili wilayah itu. Dan bila Wilayah Persekutuan Labuan (1984) dan Putrajaya (2001) diwujudkan, rekabentuk yang sama masih kekal. Semua wilayah itu kini dianggap digabungkan dan diwakili oleh satu jalur sahaja.

Sekian matapelajaran sejarah untuk kali ini.

Dan sempena Hari Kemerdekaan ke-50 negara yang bakal menjelang ini, aku kibarkanlah Jalur Gemilang dalam blog aku ini. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, sementara aku kat negeri orang ni biarlah aku kutip sikit emas supaya boleh bawa balik negeri sendiri nanti…

Laman Berikutnya »