Kembara Di Bumi Sydney


I have always believe that when you go for a journey, it’s not where you go that makes it memorable, it’s who you’re with.

The five days I spent in Tasmania bore testament to this.

Untuk To’Wan, Pious_Aku, Hani Czech, Marl, Kak Long, Fifi dan Mira, thank you for the wonderful time you have given and shared with me. Aku dedicate lagu tema kita ni untuk korang yang maknanya biar kita saja yang mengerti.

The Trip

Tiga mamat dan lima minah. Dari Lanceston ke Hobart. Lima hari. Dengan jumlah jarak pemanduan hampir 1300 km. Expect the unexpected.

The Places

Lanceston Town, Lanceston’s Basin Chairlift, Railton, Tasmazia & The Village of Lower Crackpot, Cradle Mountain-Lake St Clair National Park, Mt Field National Park, Tahune Airwalk, Hastings Caves & Thermal Springs, Bruny Island, Port Arthur, Royal Tasmanian Botanical Garden, Cadbury Factory Tour.

The Highlights

Tersesat tu dah jadi asam garam sehari-hari. First day aje dah terlajak lebih 40 km dari destinasi sebenar. Kena patah balik. Diorang punya signboard memang diorang buat ikut suka je. Walaupun demikian, mujurlah kami ada GPS serba boleh, yang selain daripada memandu arah, juga mengawal belanjawan dan juga merancang perjalanan.

Ada seorang budak terpaksa jadi invisible girl. Membongkok dalam kereta seawal jam 5.30 pagi untuk mengelak dari dikesan oleh Pakcik Peter yang menuntut sewa.

Pakcik Lazu dan Adik GPS kena marah dengan Pakcik Peter. Terima ajelah. Memang kami salah. Maafkan kami pakcik. Tobat kami tak buat lagi.

Marl, Hani, Kak Long, Azim dan Mira telah menyediakan santapan udang masak sos tiram yang hebat, dimasak tanpa menggunakan minyak masak! Sila kagum ye…dsc08815.jpg

Kamera Sony DSC-T10 Pakcik Lazu hilang. Huwaaaaa!!!! Mahal tuuuuhhh…

The Snapshots

p1020320.jpg

 

dsc08375.jpgdsc_9879.jpgdsc_9790.jpg dsc_9205.jpgdsc_0218.jpgdsc_8015.jpg dsc_8147.jpgdsc_8170.jpgdsc_0201.jpg dsc_0145.jpgdsc_8676.jpgdsc_0066.jpg

The Quotes

“Don’t talk to me. I’m not here. You don’t see me, I don’t see you.”

“You sure or not”

“Bukan kita je yang ada kat dunia ni”

“Ang…ang…ang”

“Shhhh…Don’t disturb my peace”

The Tribute

To Pious_Aku yang jadi master planner, serta GPS yang kalut tapi efisien.

To Marl the professional photographer dan head chef.

To Hani the high pitched sis yang merupakan penasihat fotografi of the team. Thanks for convincing me to join the trip. It was well worth it.

To Kak Long yang fotogenik, for your astounding humour and quotable quotes. Pengorbananmu akan dikenang.

To Mira, the calm cool collected sis of the family.

To Fifi, the photogenic photographer merangkap model tak rasmi yang suka ternganga. Tapi dia nganga ke, sengih ke, gambar tetap hensem. Damn!

And last but not least, to To’wan, my housemate, my co-pilot, and my counter-conscience advisor.

Advertisements

sydneytazzy.jpg

Summer holidays have arrived! Enough with my thesis and my subjects! By the time you are reading this, I am already off to Tasmania. Jalan-jalan cari pasal. Round pulau tu seminggu. Insyaallah will be back to Sydney by 6th December.

 

Why is this Hari Raya unique for me?

1. This is the first time I spent my Eid holidays away from my family. Surprisingly, it wasn’t as depressing as I initially imagined. It is a nice feeling celebrating Eid with lots of friends around and lots of of open houses. Which translates into lots of food. I wonder how Dr Sheikh Muszaphar celebrates it at ISS. Must be dull only having Whitson, Malenchenko and those Russian cosmonauts around. But then, great achievements require great sacrifices right?

2. My food consumption is literally more than what my stomach could handle this past few days. Name any kind of food they serve on the table during open houses and chances are I’ve tasted it. Nasi tomato, nasi minyak, nasi beriyani, rojak, sambal ayam, rendang, sate, lamb steak, ayam panggang, nasi himpit, soto, murtabak lapis, spaghetti, kuih raya, kek, aiskrim, coklat, the list goes on. My housemates would give that horror look everytime I go for my third round, probably wondering how on earth I could cram all those food in my seemingly small tummy. Perut lembu ke hapa mamat nih? Haha..I owe this, thankfully to my body’s high metabolism rate. Thus far, I have never gone beyond 60kg no matter how much I eat, so in one way, I feel blessed. My salute goes to bebudak GAYS & Co. who did their open house last Sunday. Their cooking skills are so damn impressive. Aku tabik respek ok! (Note: They are strictly straight guys. Why they chose that name to represent themselves still escapes me).

3. I finally got to officially meet with my junior, Amirul Hafidz, a guy whom I wouldn’t have known had it not be for blogging. I was delighted, except for the fact that he makes me feel so damn old. 10 years my junior man! It’s been a very long time since I last set foot on my alma mater’s soil. Kinda like Jejak Kasih I guess, long-lost brothers we never knew we had. And he got me into knowing about another guy who is also my junior, who is also a respected president for one of the students organization here. Cayalah u guys.

*****

Procrastinating is rarely helpful, especially for someone who’s unfinished workload exceeds his available time. Yet that is what I’m doing now. <Sigh>


Melayu selalu dikaitkan dengan sifat tidak menepati masa. Kalau berjanji mahu berjumpa jam 8, biasanya paling cepat pun 8.15. Majlis kalau dalam aturcara program mulanya jam 9, selalunya akan bermula paling awal jam 9.30. Mesyuarat, khususnya kakitangan kerajaan pun begitu. Kronik sungguh penyakit ini. Sampaikan ada ketua ataupun penganjur, kalau program dirancang bermula jam 9 akan ditulis dalam tentatif bermula jam 8.30.

Kalau nak tengok orang Melayu menepati masa, Ramadhanlah waktunya. Itupun bukan sepanjang masa. Dua kali dalam sehari. Pertama, waktu berbuka dan kedua waktu imsak. Yang kedua ini pun belum tentu. Tapi yang pertama itu sudah pasti. Kalau waktu berbuka jam 7 malam, pukul 6.55 sudah siap-sedia dengan makanan tersaji di depan mata. Tepat jam 7 aje, doa pun dibaca dan makanan pun terus dijamah tanpa berlengah.

Melayu sangat berkapabiliti menepati masa sebenarnya.

Macam tak terasa aje dah seminggu berpuasa di perantauan. So far, semuanya ok. Cuma takde pasar Ramadhan. Jadi kalau di rumah, terpaksalah masak sendiri. Aku rindukan hidangan air tangan bonda. Air tangan aku ok la tapi tak sedap sangat. Hehe. Tapi untuk Raya, aku dah minta bonda kirimkan tat nenas kegemaran aku dari Malaysia. Mintak-mintak tak jadi serbuk by the time sampai ke tangan aku.

Selamat berpuasa semua!

Dilema (kecil) seorang Melayu yang bermusafir ke negara orang seperti aku ialah apabila terpaksa membuang air besar di tandas selain tandas rumah sendiri, lazimnya tandas universiti. Tak ada paip air. Kena pakai tisu tandas. Main palit-palit saja. Rasa sungguh keji. Kadang-kadang setengah gulung tisu tandas itu untuk aku seorang saja. Itupun tak cukup. Sudah setengah tahun di sini pun aku belum boleh biasakan diri lagi. Balik rumah wajib dibasuh semula dengan air.

Aku fikir selain memberi perhatian pada golongan kurang upaya, universiti perlu menyediakan tandas khas untuk orang Melayu juga. Ada paip air. Atau sekurang-kurangnya setiap tandas yang sedia ada dilengkapi dengan baldi dan cebok.

Ke aku aje Melayu kat sini yang menghadapi masalah ini?

resize-wizard-1.jpg

Gold Coast here I come!

 

Updated (24/7)

Sangat seronok! Cuma itu yang dapat diungkap. Itupun sekadar kata-kata yang tak mampu menggambarkan perasaan aku dalam ertikata sebenar. 

Empat hari untuk menjelajah Brisbane dan Gold Coast bukanlah jangka masa yang cukup. Tapi aku dan teman-teman lakukanlah sekadar yang termampu. Itupun bajet peribadi sudah tersasar sedikit dari limitasi yang telah ditetapkan. Waktu mula-mula berpergian, konon-kononnya mahu menjaga bajetlah, tapi bila melihatkan cenderamata dan pakaian yang mungkin sukar untuk didapatkan di tempat lain, mulalah berbondong-bondong membeli itu dan ini. Berbaloi juga sebenarnya, bukan selalu.

Tiga dari empat hari tersebut dihabiskan di taman-taman tema; Movie World, Sea World dan Wet n Wild World. Antara 3 itu, Movie World paling menarik. Ride yang mencabar bukan untuk mereka yang lemah jantung atau darah tinggi. Antaranya rollercoaster Superman Escape yang memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 2 saat dengan tekanan 4.5 G-force, menjunam pula ke bumi hampir 90 darjah dari ketinggian 40 meter dengan tekanan -1 G-force. Untuk beberapa milisaat terasa seperti menjalani latihan angkasawan! Begitu juga Batwing Spaceshot yang mirip Spaceshot di Taman Tema Genting. Kebanyakan permainannya berkisar pada ketinggian dan kelajuan. Aku acrophobia, jadi kalau nak harapkan aku saja2 mahu cuba, mampus aku tak akan buat. Mujur aku ada kawan-kawan yang gila memberi semangat. Kadang-kadang kita takutkan sesuatu tanpa alasan munasabah, atau melebihi kadar sepatutnya. Walhal, setelah melaluinya kita mendapati rupa-rupanya ia tidaklah terlalu menakutkan seperti yang disangka.

escape_blog2.jpg batmanshot2.jpg

Seperkara lagi, kami tidak tahu di dalam taman tema itu rupanya ada musalla! Jenuhlah kami solat di tepi jalan tempat orang lalu-lalang. Usai solat seorang Pak Arab bersama isterinya menghampiri kami memberitahu dan menunjukkan  kedudukan musalla itu. Memang selesa dan bersih, terpinggir dari hingar-bingar dan hiruk-pikuk suasana. Ruangnya juga agak luas dengan partition untuk jemaah lelaki dan wanita. Terlintas juga di fikiran, membandingkan antara surau di sini dan surau di pusat membeli-belah negara hadhari sendiri.

musalla2.jpgmusalla.jpg

 

Untuk makan malam, kami jumpa sebuah restoran Melayu Malaysia di Gold Coast. Pemiliknya sangat ramah melayan kami, apatah lagi setelah mengetahui kami ini serumpun bangsa dengannya. Ramah ramah juga tapi makan tetap tak diberi diskaun hahaha.

 maharani_blog.jpg nasi-goreng.jpg

 

Aku makan nasi goreng kampung. Itu saja pun sudah $12. Kalau diconvert kepada RM, sudah RM36. Mahal laksana makan di hotel, tapi sebenarnya itu harga piawai di sini.  Di belakang kaunter bayarannya, ada gambar pemilik dengan artis seperti Anuar Zain dan Linda Onn. Rupa-rupanya restoran inilah yang dikunjungi duta dan pemenang bertuah pertandingan buka penutup tin Power Root satu ketika dulu.

Hari terakhir kami ke Brisbane, kira-kira sejam perjalanan dengan kereta dari Gold Coast. Dalam perjalanan kami terjumpa sign board ini:

tanah-merah.jpg

Kelate pulok doh! Guano nih?! 

Sisa hari terakhir percutian kami habiskan di Harbourtown, tempat membeli-belah dengan harga diskaun sehingga 60% setiap hari. Segala macam barangan ada di sini, pakaian, perabot, pinggan-mangkuk, keperluan rumah dan 1001 benda lagi. Kaum Hawa mesti teruja kalau berjumpa tempat-tempat sebegini. Aku lebih banyak ‘membeli-belah tingkap’ saja. Tamat percutian, masing-masing pulang dengan hati yang riang dan poket yang berlubang.

Kini sedang sabar menanti minggu hadapan. Mahu bermain salji di Snowy Mountain pula 🙂 Bukan selalu boleh berjalan-jalan ke negara orang. Harus merebut peluang yang ada ini.

Hari ini aku rasa aneh. Buat julung kalinya aku masuk tempat lumba kuda. Bukan kerana suka-suka atau mencari pengalaman baru. Bukan juga sebab nak tengok orang gila berjudi dan kuda gila berlari. Tapi sebab exam.

Exam kat tempat lumba kuda? Apa kejadahnya?

Entahlah. Aku pun macam tak percaya bila tengok jadual periksa aku. Rupanya uni aku sewa dewan di situ untuk peperiksaan. Racecourse itu pula memang kebetulan (atau sengaja?) dibina di sebelah uni. Lalu digunakanlah.

Ironiknya, peperiksaan ini juga sebenarnya satu bentuk pertaruhan. Pertaruhan harapan dan masa depan. Meneka soalan yang akan keluar bagai meneka kuda mana yang lebih laju; tak semestinya akan dapat apa yang diharapkan.

Selesai sudah 2 kertas, 1 lagi menanti. Dan research project. Oh…menyebut perkataan itu saja sudah buat aku cuak. Terbayangkan kajian aku yang terbengkalai. Dan penyeliaku yang tak akan ada sampai awal semester depan.  Aku tak mahu extend. Aku mahu selesaikan tahun ini. Aku mahu pulang menatap wajah ayah bonda, adik-adik, kawan-kawan.

Dan ya, sudah tentu aku mahu pulang bertemu pemilik tangan di bawah itu.

Laman Berikutnya »